spot_img

Warga Asing Hilang Seminggu, Rupanya ᴅɪʙᴜɴᴜʜ, Ditanam Rakan Di Rumah Kongsi

- Advertisement -

KEHILANGAN secara misteri seorang lelaki warga Bangladesh sejak seminggu lalu terungkai apabila rakan sekerjanya mengaku ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ ᴍᴀɴɢꜱᴀ dalam satu kejadian di Taman Mutiara Galla, Seremban, Negeri Sembilan.

Lebih menyedihkan, mayat ᴍᴀɴɢꜱᴀ berusia 30 tahun itu ditanam suspek juga warga Bangladesh di tempat tinggal mereka, di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan dalam kejadian pada 13 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kehilangan ᴍᴀɴɢꜱᴀ terbongkar selepas majikannya mengesyaki sesuatu berlaku kepada ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang sudah lama tidak kelihatan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

- Advertisement -

Katanya, ketiadaan ᴍᴀɴɢꜱᴀ berusia 30 tahun itu dalam tempoh yang agak lama menimbulkan tanda tanya majikannya yang kemudian telah bertanya lebih lanjut kepada suspek.

“Bagaimanapun suspek yang tinggal bersama ᴍᴀɴɢꜱᴀ cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan majikannya yang kemudian membuat laporan polis.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ ᴍᴀɴɢꜱᴀ sebelum menanamnya di tempat tinggal mereka,” katanya, semalam.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, Mohd Said berkata, perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan antara suspek dan ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang telah tinggal bersama sejak sebulan lalu.

Menurutnya, suspek dipercayai memukul ᴍᴀɴɢꜱᴀ menggunakan kayu sebelum menanam mayatnya di kawasan tempat tinggal mereka.

“Suspek juga telah menunjukkan kayu yang digunakan untuk memukul ᴍᴀɴɢꜱᴀ, ” katanya.

- Advertisement -

Beliau menambah, suspek kemudiannya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL