spot_img

“Ada Degree Tapi Jual Teh Ais?” Gadis Pekakkan Telinga Terus Fokus Cari Duit

- Advertisement -

SUDAH menjadi lumrah apabila setiap perkara yang dilakukan, pasti ada sahaja tidak kena pada mata orang lain termasuk memandang rendah terhadap kemampuan seseorang individu.

Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita terus memajukan diri kerana kata-kata cacian itu boleh dijadikan sebagai ᴘᴇᴍʙᴀᴋᴀʀ semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

Ada degree tapi jual teh ais

Itulah yang dilakukan oleh gadis dikenali sebagai @titinisfine yang memilih untuk menghiraukan ‘mulut jahat’ segelintir masyarakat terhadap perniagaan air minuman teh ais yang dijalankan.

- Advertisement -

Hal ini kerana dia yang merupakan pemegang ijazah dianggap seperti tidak sepatutnya menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti itu.

Berkongsikan di laman Twitter miliknya, gadis berusia 23 tahun itu berkata adakalanya dia hampir berputus asa dengan kata-kata negatif yang dilontarkan seperti ‘Ada degree tapi jual teh ais’.

“Bukan apa, kadang rasa nak give up bila dengar ᴄᴀᴄɪᴀɴ macam ni. Tapi, InsyaAllah satu hari nanti mereka nampak. Thanks yang lain sebab support business Teh Ais saya,” katanya.

Buktikan anak muda tak malas

- Advertisement -

Berkat kecekalan dan tidak kenal erti berputus asa, perniagaan yang dilakukan berjaya menjual hampir 50 botol teh ais dalam masa sehari.

Dia sentiasa memegang prinsip untuk tidak terlalu mempedulikan kata-kata negatif walaupun ada pihak yang sering melabel anak muda kini sering memilih kerja serta mengamalkan sikap malas.

“Rezeki sentiasa ada kalau dicari. Jangan mengalah. Berusaha selagi boleh,” tulisnya pada kapsyen yang dimuat naik.

Jangan peduli kata orang

- Advertisement -

Perkongsian tersebut mendapat ratusan tanda suka dan hampir 400 ulang kicau daripada warganet yang rata-rata menyokong pendirian gadis berkenaan dalam tidak mempedulikan pandangan sinis orang lain.

Diharapkan perniagaan gadis ini terus berkembang dan semakin berjaya! Jadikan kata-kata kecaman itu sebagai cabaran dan ᴘᴇᴍʙᴀᴋᴀʀ semangat untuk terus memajukan diri.

Reaksi warga maya

Semoga rezeki melimpah ruah

Bahagiakan diri sendiri dahulu

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL