spot_img

Tular Rakaman Helikopter “Pick Up” 36 Bungkus Nasi ɢᴀɴᴊᴀ Ipoh Dari KL

- Advertisement -

SEBUAH helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi hari ini dan difahamkan ia bertujuan untuk ‘pick up’ pesanan nasi ɢᴀɴᴊᴀ yang dibuat dari luar bandar raya tersebut.

Menurut Awani, pemilik perniagaan nasi ganja yang enggan namanya didedahkan itu telah mengesahkan dia menerima sebanyak 36 bungkus tempahan nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur. Pada awalnya dia meragui sama ada tempahan tersebut benar atau gurauan kerana dimaklumkan bahawa pesanan berkenaan akan diambil menggunakan helikopter.

- Advertisement -

Ketua Polis Perak, Datuk Mior ꜰᴀʀɪᴅᴀʟᴀᴛʀᴀꜱʜ Wahid mengesahkan kejadian itu dan telah menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh bagi siasatan lanjut.

“Setelah membuat semakan dengan pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh.”

Kata Mior lagi, pihaknya telah membuka siasatan mengenai hal itu kerana ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ prosedur operasi standard (SOP) ʟᴀʀᴀɴɢᴀɴ merentas daerah dan negeri.

- Advertisement -

Menurut laporan akhbar tempatan, siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ (PPPPB) 2020 atau Akta 342.

Terdahulu, kehadiran helikopter dinaiki dua lelaki dan dipercayai milik syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai di Ipoh kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat di Padang Ipoh sekitar jam 9.55 pagi.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL