spot_img

COVID19: Peniaga Durian Rentas Negeri Cetus Kluster Baharu

- Advertisement -

KOTA BHARU – Beberapa peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mengambil bekalan buah itu dipercayai telah menjadi pencetus kepada kluster baharu di Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok, Machang yang melibatkan jangkitan individu di daerah Machang dan Kota Bharu.

Katanya, 12 kes positif direkodkan daripada kluster itu selepas 38 individu menjalani saringan sehingga semalam.

- Advertisement -

“Kluster itu melibatkan remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Julai lalu apabila mula bergejala tiga hari sebelumnya.

“Remaja itu mempunyai rekod merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor pada 10 hingga 15 Julai bersama sekumpulan peniaga durian untuk mengambil serta menghantar bekalan durian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Zaini berkata, selain itu, Kluster Kerilla yang tercetus ketika ini juga dipercayai melibatkan individu merentas negeri dari Tanah Merah ke Klang, Selangor.

- Advertisement -

Katanya, kluster itu tercetus daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan positif pada 22 Julai hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

“Kes indeks ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai untuk menghadiri majlis pengebumian adiknya sebelum pulang ke Selangor empat hari kemudian.

“Sehingga kini, hasil ujian saringan terhadap 23 individu mendapati sembilan daripadanya positif dan ujian saringan akan diteruskan terhadap kontak rapat,” katanya.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL