spot_img

Sangkakan bunyi mercun, rupanya abang dan anak saudara ᴅɪᴛᴇᴍʙᴀᴋ

- Advertisement -

Marang: “Saya tidak sangka kejadian ini berlaku kerana kami semua berkawan sejak kecil,” kata Fong Swee Heng, 59.

Swee Heng adalah adik kepada Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang maut selepas ditembak jirannya di Taman Raya Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Kejadian sama turut menyebabkan anak saudara mereka, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

- Advertisement -

Menurut Swee Heng, dia yang ketika itu mahu ke kedai berhampiran rumah dikejutkan dengan bunyi letupan yang disangka mercun.

“Saya ingat bunyi mercun sebelum ada rakan memaklumkan abang dan anak saudara ditembak.

“Saya ada terserempak dengan jiran (suspek) sebelum kawan beritahu dia yang tembak abang dan anak saudara.

- Advertisement -

“Walaupun terkejut tetapi saya hanya fikirkan keadaan abang dan anak saudara sebelum bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Swee Heng berkata, sebaik sampai abangnya sudah tidak bernyawa manakala anak saudara juga cedera.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku antara mereka dan menyerahkan segala-galanya (siasatan) kepada polis,” katanya.

- Advertisement -

Sumber: HMetro

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL