spot_img

Wanita ‘where’s your badge?’ direman gagal pakai pelitup muka

- Advertisement -

Seorang wanita yang didakwa dengan beberapa tuduhan kerana gagal memakai pelitup muka ditahan reman pada selepas didakwa dengan tuduhan sama.

Phoon Chiu Yoke, 54 tahun, didakwa dengan satu tuduhan baru kerana gagal memakai pelitup muka di Mandarin Orchard sekitar pukul 3 petang pada 25 Jun lalu.

Dia melakukan kesalahan itu ketika diikat jamin atas beberapa tuduhan serupa, dengan syarat-syarat khusus memberi amaran kepadanya supaya jangan mengulangi kesalahan berkenaan.

- Advertisement -

Ikat jamin Phoon sebanyak S$12,000 ditarik balik oleh hakim daerah, semalam. Dia akan berdepan satu lagi sidang pra-perbicaraan pada esok.

Berita Mediacorp melaporkan, Chiu Yoke kini berdepan 22 tuduhan secara keseluruhannya, dengan kebanyakannya kerana gagal memakai pelitup sepanjang tempoh setahun sejak pertengahan 2020.

Jumaat lalu, dia dihadapkan ke mahkamah untuk sidang pra-perbicaraan. Hakim mengarahkannya kembali ke mahkamah pada 13 Ogos untuk perbicaraan mengenai bagaimana dia mahu meneruskan dengan kes tersebut.

- Advertisement -

Sebelum ini, Phoon memberitahu mahkamah bahawa tuduhan-tuduhan terhadapnya seharusnya digugurkan sambil merujuk kepada ‘kekebalannya sebagai rakyat’ dan bekas pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Dia juga berkata mengalami ekzema dan keadaan-keadaan perubatan lain termasuk sesak nafas.

Bagi setiap tuduhan melanggar Perintah Kawalan Covid-19, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jika dia dianggap sebagai pesalah berulang, dia boleh dihukum penjara dan didenda dua kali ganda.

- Advertisement -

Sumber: UtusanM


Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL