spot_img

ᴍᴀʏᴀᴛ Pemancing Terapung Ditemukan Orang Awam

- Advertisement -

ᴍᴀʏᴀᴛ pemancing yang dipercayai terjatuh ke laut selepas bot dinaiki dipukul ribut empat hari lalu ditemukan tengah hari tadi.

ᴍᴀʏᴀᴛ K. Thineswaran, 27, ditemukan oleh orang awam pada kedudukan kira-kira 7.1 batu nautika barat daya muara Sungai Langat, dekat sini pada pukul 12.50 tengah hari.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Norihan Ngah dalam kenyataan akhbarnya berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan, pihaknya menugaskan bot Pengawal 26 yang sedang dalam operasi Carilamat ke lokasi dan menemui ᴍᴀʏᴀᴛ lelaki dalam keadaan terapung.

- Advertisement -

“ᴍᴀʏᴀᴛ tersebut disyaki Thineswaran yang merupakan seorang nelayan tempatan berasal dari Banting dikatakan telah keluar ke laut tanpa memakai jaket keselamatan dengan menggunakan bot jenis pukat hanyut bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan terjatuh ke laut akibat cuaca buruk.

“Pengawal 26 telah membawa ᴍᴀʏᴀᴛ tersebut ke Jeti Nelayan Kanchong Laut bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga dan ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴀɴɢꜱᴀ diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Banting bagi tindakan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Norihan memberitahu, pengecaman awal oleh keluarga ᴍᴀɴɢꜱᴀ mempercayai ᴍᴀʏᴀᴛ itu adalah Thineswaran yang dilaporkan hilang di perairan Batu Laut pada 23 Julai lalu.

- Advertisement -

“Operasi Carilamat ditamatkan pada pukul 3.30 petang tadi dan Pos Hadapan Carilamat di Rumah Penginapan Persekutuan Morib juga telah dibubarkan.

“Operasi Carilamat yang diselaras Maritim Malaysia pada hari keempat meliputi keluasan 106 batu nautika persegi dengan menggunakan tujuh bot dan dua pesawat udara daripada pelbagai agensi iaitu Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta turut dibantu oleh komuniti nelayan tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai dan komuniti maritim untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut dengan sentiasa mengutamakan keselamatan dan cakna dengan keadaan cuaca.

- Advertisement -

Sebarang kecemasan di perairan Selangor segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim negeri di talian 03-3176 0627 atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL