spot_img

Lelaki ini ᴅɪʙᴜʀᴜ Kerana Curi RM200 Dari Tabung Masjid

- Advertisement -

PIHAK polis sedang mengenal pasti identiti seorang lelaki dalam keadaan memakai pelitup muka yang bertindak mencuri sejumlah wang dari tabung Masjid Maqbul di Teluk Kumbar, di sini awal pagi tadi.

Kelibat suspek lelaki yang memakai baju T bercorak hitam dan putih, berseluar jeans serta menggalas beg itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan sekitar pukul 12.30 hingga 1 pagi tadi.

Difahamkan, kejadian disedari beberapa jemaah yang datang untuk menunaikan solat subuh kira-kira pukul 5.30 pagi.

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang perbuatannya mencuri wang dari tabung Masjid Maqbul di Teluk Kumbar, Pulau Pinang awal pagi tadi dirakam CCTV di masjid berkenaan.
- Advertisement -

Peti duit berkenaan diletakkan berhampiran tangga iaitu laluan utama jemaah masuk ke ruang solat masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak pengurusan masjid sebaik sahaja menyedari kejadian berlaku.

“Suspek dipercayai menggunakan dawai untuk mengambil wang tunai sebanyak RM200 dari dalam tabung berkenaan.

- Advertisement -

“Kita sedang giat mengesan identiti suspek terbabit dan percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya di sini.

Kamarul Rizal memberitahu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ iaitu mencuri.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL