spot_img

Enggan Naik ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ, Kanak-Kanak Meronta Bikin Warganet Sebak

- Advertisement -

BERPISAH antara ibu bapa dengan anak walaupun seketika tetap mengundang kesedihan dan kerinduan yang mendalam.

Apatah lagi, apabila permata hati yang masih kecil. Pastinya memerlukan pemantauan sepenuhnya di depan mata.

Namun begitu, penularan wabak Covid-19 ini sememangnya tidak mengenal usia.

- Advertisement -

Baru-baru ini tular di TikTok rakaman video seorang kanak-kanak menangis dan meronta apabila dijemput oleh petugas kesihatan untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Kanak-kanak perempuan itu dilihat enggan menaiki kenderaan tersebut sehingga terpaksa didukung oleh ahli keluarganya.

- Advertisement -

Ramai meluahkan rasa sedih melihat kanak-kanak tersebut menangis dan enggan menaiki kenderaan tersebut selain mempersoalkan mengapa dia tidak ditemani oleh salah seorang penjaganya.

Sehubungan itu, bapa kanak-kanak itu Hazim Yunus menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok tampil mengatakan anak perempuannya menangis dan terpaksa dipujuk oleh ahli keluarga untuk menaiki ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ ketika kenderaan itu tiba di rumahnya.

- Advertisement -

Jelas Hazim, sebenarnya anak sulungnya itu baru sahaja disahkan positif.

“Anak saya dihantar ke pusat kuarantin di mana isteri saya sudah pun berada di sana terlebih dahulu.

“Kami semua sudah berada di pusat kuarantin. Anak saya yang ini baru sahaja didapati positif (Covid-19), wajib ada penjaga kanak-kanak. Jadi, ᴀᴍʙᴜʟᴀɴꜱ akan hantar anak saya kepada ibunya,” katanya.

Katanya lagi, ribuan komen mengatakan kenapa anaknya dibiarkan begitu.

“Kita pun tak nak kalau anak kena macam tu, tapi dah terpaksa. Neneknya yang jaga kat rumah sebab kami semua di pusat kuarantin,” jelasnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat situasi kanak-kanak berkenaan.

Kata mereka;

“Sedih melihat kita semua diuji. Semoga hikmah ujian Covid-19 ini membuat kita sedar dan merenung di sebalik kejadian.”

“Ya ALLAH, sebaknya melihat budak-budak yang kena. Semoga dilindungi ALLAH dan segera sembuh.”

“ALLAH… sedihnya tengok, moga semua ahli keluarga tabah dengan ujian ini.”

“Aku tak boleh tengok budak macam ni, aku dah rasa positif. Kita pun rasa tertekan apatah lagi budak kecil macam ni.”

“Walaupun bukan anak sendiri, tak dapat bayangkan perasaan keluarganya. Semoga kembali sembuh.”

@hazimyunus91Lagi sorang anak sulong kena ambil jugak..moga tuhan melingduangi keluarga saya..allah sedihnya hanya tuhan yang tau#covid19 #angguns

♬ MAS JUN hanya satu persinggahan – 🐎🎸M͓̽A͓̽S͓̽ ͓̽J͓̽U͓̽N͓̽🎸🐅

Komen netizen:

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL