spot_img

Isteri Sebak Kehilangan Suami Tercinta, Hanya Mampu Pandang Van Bawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Suami Depan Rumah

- Advertisement -

PEMERGIAN insan tersayang sememangnya memberikan kesan yang cukup mendalam. Kini tiada lagi kedengaran suara dan gelak tawa mereka kerana yang tinggal hanyalah memori dan air mata sebagai peneman.

Barangkali, situasi itu sedang dirasai oleh seorang wanita yang kehilangan suami tercinta dipercayai akibat Covid-19.

Seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali @raxxziey berkongsi rakaman video yang menjentik emosi warga maya.

- Advertisement -

Masakan tidak, seperti kita sedia maklum waris ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ Covid-19 mampu menatap dari jauh dan tidak berpeluang menyentuh dan cium, apatah lagi menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ insan tersayang.

Situasi itu dapat dilihat menerusi video berkenaan apabila esak dan tangisan menemani wanita terbabit.

- Advertisement -

Lebih memilukan apabila anak-anak bertanya dan minta didukung untuk melihat ke dalam van ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ.

Anak-anak kecil tersebut tidak mengetahui bahawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di dalam van berkenaan adalah bapa mereka.

- Advertisement -

“Bye papa.” itulah perkataan terakhir diucapkan oleh anak-anak kecil.

Si isteri tidak dapat menahan kesedihan tatkala melihat van membawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ suaminya meninggalkan mereka lalu menuju ke tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ.

Rata-rata warga maya menzahirkan takziah kepada wanita terbabit. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah dan cekal menghadapi ketentuan ALLAH.

Turut memberikan komen ialah salah seorang saudara kepada keluarga ini.

@raxxzieySalam Takziah buat Akak .. semoga Akak kuat hadapinya Amin . sedih pulak tengok anak 2 org xthu apa lg 😔♬ original sound – MuhdRaziey®️

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan tata cara khas bagi pengendalian ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ untuk membendung penularan Covid-19.

Bagi ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Islam, mereka perlu diuruskan dengan tayammum di atas permukaan luar beg tanpa perlu dimandikan.

Pengendali ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ diwajibkan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan mencuci tangan selepas melakukan tayammum untuk mengelakkan sebarang risiko ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ.

Bilangan individu yang menunaikan solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dihadkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter. Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan pihak KKM.

Semoga mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 tabah menerima ketentuan-NYA.

Komen Netizen:

Sumber: TikTok @raxxziey

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL