spot_img

Penumpang Cemas, Pintu Tren LRT Terbuka Ketika Bergerak Laju!

- Advertisement -

BIASANYA bila menaiki kenderaan ataupun pengangkutan awam, pintu sentiasa dipastikan tertutup terlebih dahulu sebelum bergerak.

Langkah ini bagi mengelakkan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dan insiden yang tidak diingini berlaku.

Namun begitu, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dikatakan pintu tren yang dinaikinya tidak tertutup ketika ia bergerak.

- Advertisement -

Video yang dirakam oleh pengguna Twitter @perksofbeingsxf itu tular di laman sosial baru-baru ini.

Rakaman selama lapan saat itu memaparkan pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka luas sehingga menampakkan rel dan bangunan di luar dengan jelas.

Stesen Ara Damansara

Difahamkan, kejadian pada jam 3 petang itu berlaku melibatkan sebuah LRT dari Ara Damansara menuju ke Lembah Subang.

- Advertisement -

Video tersebut telah mendapat sebanyak 420,900 jumlah tontonan sebaik sahaja dimuatnaik pada jam 9.38 pagi tadi.

Rata-rata netizen melahirkan kebimbangan sekiranya akan berdepan dengan kejadian seumpama itu kerana ia boleh mendatangkan ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ kepada pengguna.

Komen netizen:

- Advertisement -

“Perghh bahaya. Kita sebagai pengguna apa yang boleh buat sebelum naik tren tengok nombor tren ataupun semasa di dalam tren boleh tengok nombor koc tren if ada masalah tak diingini berlaku.”

“Ini sangat bahaya. Mungkin pihak Rapid KL tidak mengetahui hal ini. Ia perlu dijelaskan segera.”

”Setiap kali naik LRT suka duduk dekat bahagian pintu. Lepas itu terbayang kalau pintu tetiba terbuka macam tu. Hmmmm aku rasa aku tak wujud dah dekat dunia ni.”

Video:

Dalam perkembangan berkaitan pihak Rapid KL memohon maaf dan mengesahkan mengenai kejadian pintu tren terbuka ketika bergerak dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke Stesen LRT Lembah Subang.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan Operasi telah bertindak segera menghentikan operasi tren terbabit.

“Pihak Rapid KL memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam sekitar jam 3.01 petang pada 26 Julai 2021. Pintu kereta api LRT Kelana Jaya terbuka semasa beroperasi selepas bertolak dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke Stesen LRT Lembah Subang.

“Kejadian itu disedari oleh Pusat Kawalan Operasi dan segera dihentikan perkhidmatan sebaik sahaja tiba di Stesen LRT Lembah Subang kira-kira 900 meter dari Stesen LRT Ara Damansara.

“Ia kemudian dihantar ke depot untuk pemeriksaan segera dan siasatan lanjut,” katanya.
Selain itu, Rapid KL juga memaklumkan tujuh penumpang yang berada di dalam tren tersebut ketika kejadian telah dipindahkan dengan selamat.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL