spot_img

Takut Jarum, Lelaki Ini Menjerit Dan Terpaksa Dipegang Empat Orang Ketika Menerima Suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ

- Advertisement -

BAGI mencapai imuniti kelompok, masyarakat disarankan mendaftar bagi mendapatkan suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ Covid-19.

Ini disebabkan ᴠᴀᴋꜱɪɴᴀꜱɪ membantu mencegah penularan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ ᴠɪʀᴜꜱ yang boleh ᴍᴇɴɢᴀɴᴄᴀᴍ ɴʏᴀᴡᴀ itu.

Biarpun kebarangkalian ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ ᴠɪʀᴜꜱ terbabit masih ada, namun gejalanya dikatakan lebih ringan berbanding golongan yang belum menerima suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ.

- Advertisement -

Lagipun suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ Covid-19 sama seperti suntikan lain yang mana rasanya bagai ‘digigit semut’, tetapi berbeza bagi mereka yang takut jarum.

Situasi berkenaan dapat dilihat menerusi sebuah video tular di laman TikTok baru-baru ini.

- Advertisement -

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @xapijie itu kelihatan seorang lelaki dipegang oleh empat rakannya menjerit ketakutan semasa disuntik ᴠᴀᴋꜱɪɴ.

Difahamkan, ketika itu beliau berada di salah sebuah pusat pemberian ᴠᴀᴋꜱɪɴ untuk dos kedua.

- Advertisement -

Apa mengundang dekah ramai keadaan lelaki itu yang dipercayai terlalu takut disuntik oleh petugas kesihatan di sana.

Bahkan, belum disuntik pun beliau bagaikan tidak senang duduk dan riak wajah cemas sehingga petugas kesihatan turut tergelak.

Keadaan semakin tidak ‘terkawal’ apabila lelaki berkenaan jerit kesakitan lalu mencengkam kaki dan tangan salah seorang kawan yang membantu menenangkannya.

Menjengah ruangan komen, majoriti wanita mengusik jika orang lelaki bersalin pasti melambatkan kerja ᴅᴏᴋᴛᴏʀ dan ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ kerana takut jarum.

Komen netizen:

“Badan sado, muka handsome, takut ɪɴᴊᴇᴄᴛ. All in one package.”

“Aku sorang je ke yang ulang lebih 3 kali tengok video ni? Hahahaha.”

“Aku tak dapat bayangkan kalau lelaki beranak huru-hara ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ.”

“Adoi, ingatkan aku seorang saja macam ini ada juga geng rupanya. Takut jarum tu tak tau nak cerita macam mana.”

“Nak gelak tapi aku pun ꜰᴏʙɪᴀ jarum ni. Memang ᴘᴀɴɪᴄ ᴀᴛᴛᴀᴄᴋ siapa yang ꜰᴏʙɪᴀ jarum ni.”

Video berkenaan setakat ini telah mendapat sebanyak 1.4 juta jumlah tontonan, 108,600 tanda suka dan lebih 13,000 ribu perkongsian.

@xapijieNah original.. jgn risau kengkawan dia mcm kena ggit semut je!! Tolong lah percaya!! HahahHah♬ original sound – jayy

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL