PENULARAN wabak Covid-19 dalam kalangan penduduk di penempatan haram Bukit Malut semakin menakutkan apabila jumlah penduduk yang positif kini semakin tinggi.
Sikap besar kepala dan degil dalam kalangan penduduk di lokaliti itu yang tidak mahu menjalani ujian saringan Covid-19 selepas dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyumbang kepada penularan Covid-19 bagi Kluster Dah Bukit itu.
Semalam, jumlah positif Covid-19 yang dicatatkan di Bukit Malut ialah sebanyak 51 kes manakala kes keseluruhan di pulau peranginan itu pula 61 kes.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr. Mansor Ismail berkata, lebih 80 peratus penduduk di penempatan itu yang keluar menjalani saringan semalam didapati positif Covid-19.
“Sementara itu, seramai 27 orang penduduk yang keluar untuk disaring semalam terdapat 24 orang didapati positif,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD Bukit Malut di sini semalam.
Beliau menambah, bilangan penduduk terutamanya mereka yang bergejala keluar menjalani ujian saringan tersebut begitu rendah pada hari pertama PKPD semalam.
“Kita menyasarkan seramai 200 orang disaring dalam tempoh seminggu ini, namun, mereka yang keluar hanya 27 orang sahaja semalam,” katanya.
Jumlah keseluruhan penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri di lokaliti itu dianggarkan seramai 5,000 orang.
Dr. Mansor memberitahu, setakat pukul 1 petang ini, seramai 58 orang penduduk telah disaring berbanding hanya 27 orang semalam.
Jelasnya, beliau juga mengharapkan penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk tampil bagi membuat saringan tersebut.
“Kita mahu penduduk di kawasan PKPD Bukit Malut sama ada ada pengenalan diri atau tidak, keluar (disaring). Sesiapa pun yang bergejala atau positif mesti disaring dan terima rawatan.
“Kita juga telah berbincang supaya tidak ada implikasi perundangan (kepada penduduk tanpa dokumen pengenalan diri) termasuk perundangan berkaitan kesihatan,” ujarnya.
Sumber: UtusanM
Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: