spot_img

Minah Saleh Ini Terkejut Baru Tau Beras Kena Basuh Dulu Sebelum Dimasak

- Advertisement -

PERBEZAAN budaya dan cara hidup mencerminkan bahawa dunia mempunyai pelbagai warna. Latar belakang mereka yang berbeza telah membuka jalan kepada sesetengah orang untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Seperti wanita yang bernama Kayla Harrison, yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat. Di dalam satu video yang tular, beliau terkejut kerana baru tahu bahawa beras perlu dibasuh sebelum dimasak.

Video yang berdurasi selama 2 minit tersebut bermula apabila Kayla Harrison dengan reaksi yang terkejut bertanya kepada penonton adakah beras sepatutnya di basuh.

- Advertisement -

Dia kemudiannya melakukan ujian bagi membuktikan apakah perbezaan di antara nasi yang berasnya telah dibasuh sebanyak empat kali dengan nasi yang berasnya yang tidak dibasuh.

Di akhir video tersebut, dia telah meminta seorang lelaki untuk mencuba kedua-dua nasi tersebut.

Hasil ujiannya mendapati bahawa lelaki terbabit memberi komen bahawa beras yang tidak dibasuh itu telah menghasilkan warna yang berbeza. Manakala beras yang dibasuh telah menghasilkan nasi dengan warna yang cantik dan mempunyai rasa yang lebih sedap.

- Advertisement -

Video yang dimuat naik oleh Kayla itu mendapat lebih 1 juta tontonan dengan kebanyakan daripada mereka terkejut bahawa dia baru tahu bahawa nasi sebenarnya perlu dibasuh.

Sebahagian netizen yang lain pula mempersoalkan tahap kebersihan Kayla kerana bagi mereka membasuh beras adalah perkara paling asas sekali sebelum memasak.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL