spot_img

“Pakcik Dah Maafkan”, Warga Emas Berlapang Dada, Memaafkan Influencer ʙɪᴀᴅᴀʙ

- Advertisement -

RAMAI yang sedih, sebak dan geram melihat paparan video lelaki warga emas dilayan secara ʙɪᴀᴅᴀʙ oleh seorang influencer.

Menerusi rakaman video pendek yang tular baru-baru ini memaparkan pemuda difahamkan pengasas produk kecantikan seolah-olah meninggikan suara terhadap warga emas terbabit.

Video berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

- Advertisement -

Bagaimanapun, biarpun dilayan sedemikian pakcik berkenaan tetap berlapang dada memaafkan influencer bernama Carl Samsudin.

Warga emas dikenali sebagai Abdul Hadi itu memberitahu beliau sedikitpun tidak berkecil hati, malah ikhlas dengan kejadian berlaku.

- Advertisement -

“Tak ada rasa apa, ikhlas. Dia (influencer) cakap bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri mengubah nasib kita.

“Sudah beratus kali ustaz pun cakap betul,” katanya.

Bercerita lanjut, Abdul Hadi menjelaskan bahawa telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditawarkan wang tunai sebanyak RM100.

- Advertisement -

“Saya minta satu orang. Saya kasi RM100. Jawab tu senang sahaja.

“Jadi saya angkat tangan. Dia (influencer) panggil saya. Begitulah ceritanya,” kongsinya lanjut.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan keberadaannya di pusat transit ɢᴇʟᴀɴᴅᴀɴɢᴀɴ di Jalan Pahang, Kuala Lumpur adalah dibantu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau sebelum ini pernah ᴅɪᴘᴇʀᴅᴀʏᴀ seorang rakan yang kononnya mempelawa menyewa bilik bersama di Taman Maluri, Cheras.

Selepas berjanji, rakan yang sepatutnya bertemu di Pasar Seni tidak muncul lalu pihak DBKL menghantarnya ke pusat transit berkenaan.

Abdul Hadi juga menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang bersimpati dan prihatin terhadap dirinya susulan insiden itu.

“Ya, terima kasih banyaklah. Saya tidak boleh membalasnya. Saya hanya serah kepada Tuhan,” titipnya.

Rata-rata warga maya memuji kerendahan hatinya yang sanggup memaafkan setelah diperlakukan sebegitu rupa.

Komen netizen:

“Mulianya hati pak cik.”

“Benda kecik sahaja tapi sengaja dibesar-besarkan. Tidak tahu hujung pangkal kita ʜᴇɴᴛᴀᴍ orang macam kita langsung tak pernah tersalah kata. Innalillah wainna ilaihirojiun.”

“He sounds like ɪɴᴅᴏɴᴇꜱɪᴀɴ. If he is really ɪɴᴅᴏɴᴇꜱɪᴀɴ, this is really ꜱʜᴀᴍᴇꜰᴜʟ. Rakyat Malaysia treat orang macam ini. Kasihan pakcik ni.”

Sumber: Bernama, hilmyashley

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL