spot_img

Hantu Pergi ᴠᴀᴋꜱɪɴ, Individu Pakai Kostum Puntianak Jadi Tumpuan

- Advertisement -

BERMACAM-MACAM ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ di Pusat Pemberian ᴠᴀᴋꜱɪɴ (PPV) di seluruh negara.

Ada kisah melucukan, tak kurang juga yang mengharukan.

Misalnya, dipercayai di PPV Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah menjadi gamat apabila munculnya ‘puntianak’ yang hadir untuk mendapatkan dos ᴠᴀᴋꜱɪɴ.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian video oleh pengguna dikenali Martin Bee di laman sosial Facebook, individu yang menyarungkan kostum hantu tersebut tampak ceria dan bersemangat.

Bukan itu sahaja, beliau juga kelihatan teruja untuk menerima suntikan ᴠᴀᴋꜱɪɴ Covid-19.

- Advertisement -

Biarpun tampil berambut panjang, gigi taring menyeramkan yang ditampal pada pelitup muka termasuk baju berlumuran ᴅᴀʀᴀʜ, namun kehadirannya mencuit hati serta mendapat tepukan para petugas dan penerima ᴠᴀᴋꜱɪɴ di sana.

Masing-masing terhibur dengan sikapnya yang sporting menyarungkan penampilan sedemikian.

- Advertisement -

Pun begitu, identiti individu itu tidak dapat dikenal pasti.

Setakat artikel ini ditulis hantaran itu mendapat lebih 19,000 share dan pelbagai komen daripada netizen.

Kata mereka:
“Macam syok juga ada hiburan time tunggu giliran.”

“Hahaha… bikin kasi hibur itu para petugas di sana.”

“Wey hantu pun pergi ᴠᴀᴋꜱɪɴ!”

Baca juga “Pakcik Dah Maafkan”, Warga Emas Berlapang Dada, Memaafkan Influencer ʙɪᴀᴅᴀʙ

“Yang pakai topeng Ironman pun takut nampak ni oi!!.”

“Sekali IC pun memang macam puntianak hahaha…”

Aduhai, macam-macam ragam!. Apapun, bagi yang belum mendapat giliran slot janji temu diharapkan bersabar ya. #staysafe.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL