spot_img

Kerana Anak Ingin Mainan Ibu Sanggup Selongkar Sampah

- Advertisement -

SEORANG ibu mempunyai perasaan kasih dan sayang yang tidak terhitung kepada anak-anaknya dan mereka akan sanggup berusaha melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati anak-anak mereka. Bagi mereka, senyuman dan keceriaan anak adalah sangat tidak ternilai.

Begitulah juga dengan seorang ibu tunggal ini yang sangat sayangkan anaknya. Kisah yang agak menyentuh hati ini dikongsikan oleh seorang wanita pengguna ᴛɪᴋᴛᴏᴋ yang menggunakan akaun @YoonaAchiee mengenai cabaran hidupnya membesarkan anak seorang diri sebagai seorang ibu tunggal.

- Advertisement -

Satu video perkongsiannya menunjukkan bagaimana seorang ibu tunggal berusaha untuk mencari mainan untuk diberikan kepada anaknya.

Apa yang menyedihkan adalah, ibu tersebut kelihatan sedang menyelongkar tempat sampah sarap demi mencari mainan terpakai yang masih elok buat anaknya.

- Advertisement -

Selepas berjaya mencari beberapa mainan, mainan itu akan dicuci dan direndam dengan air panas demi hilangkan segala jenis kotoran dan juga ʜᴀᴘᴜꜱᴋᴀɴ ᴋᴜᴍᴀɴ-ᴋᴜᴍᴀɴ jika ada.

Kemudiannya, barulah si ibu akan memberikan mainan-mainan tersebut kepada anaknya yang kegembiraan apabila mendapat alat-alat mainan dan bermain bersama ibunya.

- Advertisement -

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa ꜱᴇʙᴀᴋ dan memberikan kata-kata semangat buat ibu tunggal ini dalam mencari rezeki serta membesarkan anaknya. Ramai yang berkongsikan rasa terharu melihat kebahagiaan anak dan ibu ini meskipun hidup serba kekurangan.

Semoga wanita ini diberi ketabahan dan kekuatan untuk membesarkan anaknya dan doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki mereka.

Reaksi warga maya

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL