spot_img

Rasa Tak Sedap Hati Suami Selamatkan Isteri Dan Anak Yang Terkunci Dalam Bilik Air Lebih 7 Jam

- Advertisement -

TERKURUNG dalam rumah sendiri lebih 7 jam benar-benar memberi ᴛʀᴀᴜᴍᴀ buat ibu dan dua anaknya berusia 5 dan 2 tahun apabila terkunci dari dalam bilik air setelah tombol pintu tak boleh dibuka secara tiba-tiba.

Menurut Puan Safra Hussain, pada pagi kejadian, selesai memandikan anak-anak, ketika keluar dari bilik air untuk siapkan anak ke sekolah, tak tahu macam mana pintu tak boleh buka. Dah macam-macam cara cuba tapi tak berjaya. Sehinggalah suami pulang ke rumah kerana rasa tak sedap hati.

- Advertisement -

Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat selepas ᴛᴇʀᴋᴜʀᴜɴɢ dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.

Paling saya risaukan adalah anak, sampai biru kecut tangan kakinya. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling ᴘᴀɴᴀꜱ” tapi risiko ꜱᴇꜱᴀᴋ ɴᴀꜰᴀꜱ.

- Advertisement -

Masa tersedar terkunci dari dalam, saya cuba untuk tenangkan diri sebab saya jenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble.

Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia.

- Advertisement -

Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa pula menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo dan dah lemah. Rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.

Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, saya basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu ᴘᴜᴋᴜʟ berapa, rasa tak larat tapi bila fikirkan anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk juga tombol. Namun usaha itu tak berjaya juga.

Bila Mikayla cakap “Im cold” maknanya memang dia betul-betul sejuk. Ini kerana Mikayla kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” tandanya dah sejuk sangat lah tu. Luluh hati saya bila dia tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.

Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak tengok whatsapp dan tak jawab panggilan telefon. Pukul 4.30 petang dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.

Alhamdulillah, bila suami pulang dia yang selamatkan kami. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone ke mana sahaja.

P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh ᴛᴇʀᴀᴊᴀɴɢ. Kebetulan, bilik air pula berada dalam bilik tidur kami.

Lagipun rumah yang kami duduki ni baru 3 bulan. Masih belum ada jiran di kiri dan kanan rumah. Tambah pula bunyi bising sebab banyak rumah tengah buat renovation. Lepas jadi kes ni, pihak pengurusan datang untuk check semua tombol.

Doakan moga anak-anak saya yang masih lagi ᴛʀᴀᴜᴍᴀ dan tidur pun asyik mengigau dapat pulih kembali semangatnya.

Sumber: Safra Hussain

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL