spot_img

Tukang Rumah Warga Emas Positif Covid-19 Ditemukan ᴍᴀᴛɪ Tergantung

- Advertisement -

Tukang rumah warga emas yang didapati positif Covid-19 ditemukan ᴍᴀᴛɪ tergantung di sebuah rumah masih dalam pembinaan di Kampung Padang Lati, Bekelam di sini, tengah malam tadi.

Dia ditemukan tergantung pada tiang besi rumah batu miliknya yang dibina sendiri, kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi oleh ahli keluarga sendiri.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan penemuan ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴀɴɢꜱᴀ kira-kira pukul 1.20 pagi dan ke lokasi.

- Advertisement -

“Sebelum kejadian, ᴍᴀɴɢꜱᴀ disedari hilang dari rumahnya kira-kira pukul 11 malam sebelum ahli keluarga keluar mencarinya. Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira 30 meter dari rumahnya itu tidak menemukan sebarang unsur mencurigakan.

“ᴍᴀɴɢꜱᴀ sebelum ini mengalami kemurungan dan sering bercakap seorang diri sejak dua tahun lalu termasuk mendakwa terdengar bisikan halus. Dia pernah ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Mohamad Ismail, pasukan petugas yang hadir membuat ujian saringan kemudian mendapati lelaki itu positif Covid-19.

- Advertisement -

“ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴀɴɢꜱᴀ dihantar ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk proses ʙᴇᴅᴀʜ siasat,” katanya dan turut memberitahu, kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai ᴍᴀᴛɪ mengejut.

Sumber: UtusanM

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL