spot_img

Viral Rakaman Pemuda Kongsi Tips Kahwin 2 Tetapi Duduk Rumah Sekali

- Advertisement -

JARANG kita dengar mana-mana lelaki bernikah lebih dari seorang dalam masa yang sama. Namun hal tersebut terjadi di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, ɪɴᴅᴏɴᴇꜱɪᴀ.

Video pernikahan tersebut tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Doyok Potret memuat naik momen tersebut.

Menerusi laporan daripada Akhbar Seberang, sepatutnya hari tersebut merupakan pernikahan antara Korik Akbar, 20 dengan isteri pertamanya, Nur Khusnul Kotimah (20)

- Advertisement -

Namun, ketika majlis hendak bermula, seorang wanita yang juga ʙᴇᴋᴀꜱ kekasih Korik iaitu Yun Nitanuri, 21 telah datang dengan pakaian pengantin untuk dinikahi oleh lelaki itu.

Menurut sumber, Yun dan Korik pernah berkenalan kira-kira 5 tahun lalu sebelum wanita itu bernikah dengan lelaki pilihan keluarga kerana ᴋᴇᴄᴇᴡᴀ apabila ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Korik berlaku ᴄᴜʀᴀɴɢ. Namun, perkahwinannya tidak panjang dan sudah bergelar janda.

- Advertisement -

Madu datang dengan pakaian nikah

Kira-kira sebulan lalu, pengantin lelaki itu berkenalan dengan Khusnul dan bercadang untuk bernikah.

Pernikahan mereka ini telah diketahui oleh Yun menerusi Facebook dan dia telah hadir berpakaian pengantin untuk dinikahi juga.

- Advertisement -

Khusnul yang pasrah dengan apa yang berlaku menerima sahaja takdir bahawa dia sudah bermadu dan suaminya melafazkan akad dalam majlis yang sama.

“Dia tahu kami menikah dari Facebook, karena banyak kawan yang mem-posting ucapan selamat, karena info dari medsos itulah madu saya itu tiba-tiba datang minta dinikahkan juga. Saya ya bisa apa, namanya sudah takdir, saya terima saja,” Ungkap Khusnul yang juga seorang janda.

Masing masing dah ikhlas

Selepas bernikah, difahamkan mereka tinggal di satu rumah yang sama iaitu dengan bilik berasingan.

Menurut temubual dari YouTube Mandalika News, kedua-dua madu tersebut memaklumkan mereka melakukan urusan rumah tangga bersama-sama dan sudah ikhlas dengan apa yang berlaku.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL