spot_img

Wasiat ᴀʀᴡᴀʜ Ibu Dapat Ditunaikan, Kuasa Viral Telah Temukan Semula Adik Kembar Yang Terpisah Selama 15 Tahun

- Advertisement -

Peribahasa air yang dicincang tidak akan putus, nyata selagi ada pertalian darah walau apa pun yang terjadi hubungan itu tetap akan bersatu. Tiada apa dapat memisahkannya walau sudah lama tidak dapat berhubung hatta hingga berbelas-belas tahun lamanya. Pasti ada waktunya akan bersatu kembali.

Seperti kisah empat adik beradik ini yang terpisah 15 tahun dapat dipertemukan semula dengan adik mereka (merupakan anak ketiga) setelah diserahkan kepada keluarga angkat.

Pun begitu apa yang lebih menyentuh perasaan, pertemuan mereka adik beradik berlaku setelah ibu mereka meninggal dunia baru-baru ini.

- Advertisement -

Bagi menunaikan impian ibu tercinta, Afeeq yang merupakan anak kedua keluarga ini bertindak mencari semula adik kembarnya dengan memuat naik video di aplikasi tiktok.

“Kami ada empat beradik, aku yang nombor dua. ᴀʀᴡᴀʜ mama ada lahirkan kembar di bawah aku. Seorang mama aku jaga, seorang lagi baki dekat orang terus tak contact sampai hari ini dah 15 tahun”

- Advertisement -

“ᴀʀᴡᴀʜ mama amanahkan kami suruh cari kembar adik kami, segala wasiat mama tak lupa nama dia”, tulisnya pada kepsyen video yang dikongsikan.

Hantaran video itu telah meraih tontonan 1.7 juta, apabila Afeeq turut meminta orang ramai membantunya untuk mencari adik kembarnya yang dikenali sebagai Haziq Iskandar Bin Jefarmi.

- Advertisement -

Benarlah dunia kini tanpa sempadan, hasil daripada viral video tersebut empat beradik ini berjaya dipertemukan semula tidak sampai tempuh 24 jam. Sungguh tidak disangka!

Adiknya yang terpisah itu tampil menghubungi Afeeq di ruangan DM dan memaklumkan bahawa dialah orang yang dicari oleh mereka selama ini.

@deadly.heart33Arwah pernah bgitahu dia mungkin di Pahang sekarang ni. Klau ada yg kenal tlg contact saya #fyp

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai – Shahrukh Khan

Walaupun dipertemukan semula, namun menurut Afeeq adiknya itu berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat wajah ibu kandungnya buat kali terkahir. Pun begitu Afeeq sangat-sangat berterima kasih kepada semua netizen yang telah membantu menularkan video tersebut hingga mereka adik beradik berjaya disatukan semula.

“Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan . Korang semua memang utusan Allah yang hebat,” ujarnya ikhlas.

Komen Netizen:

@deadly.heart33Reply to @suhailisamsudin98 Alhamdulillah berkat usaha dan doa,tak lupa juga kpd semua warga tiktok yg prihatin❤️tq #fyp

♬ original sound – Gbye –

Sumber : Tiktok @deadly.heart33

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL