spot_img

Kelawar Saiz Badan Manusia Telah Menggemparkan Masyarakat Setempat

- Advertisement -

SEEKOR kelawar dengan saiz sebesar badan manusia telah mendapat perhatian masyarakat media sosial dan dilaporkan bahawa kejadian ini berlaku di Filipina.

“Ingat tak ketika saya memberitahu anda tentang warga Filipina yang memiliki kelawar bersaiz manusia? Ya, inilah yang saya katakan,” tulis pengguna Twitter AlexJoestar622 pada akhir bulan Jun lalu.

Gambar tersebut sebenarnya diambil beberapa tahun lalu oleh seorang rakyat Filipina yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ menemui haiwan ini di halaman belakang rumahnya. Gambar tersebut juga telah mencetuskan perdebatan di ʀᴇᴅᴅɪᴛ.

- Advertisement -

Cara gambar ini diambil juga dikatakan telah menjadikan kelawar ini jauh kelihatan lebih besar dari biasa. Namun sebenarnya, kelawar tersebut hanya bersaiz ‘seperti anjing kecil,’ spesies ini mampu mencapai lebar sayar sebesar 1.7 meter, namun badan mereka sebenarnya agak kecil, hampir 30 cm panjangnya, lapor media tempatan.

Image

Tiada keraguan bahawa gambar itu sebenarnya asli. Pengguna Reddit malah telah memuat naik satu lagi gambar dengan sudut yang berbeza, di mana kelihatan kelawar tersebut sedang menguap ketika dia terjaga dari tidur.

- Advertisement -

Sejak itu, ia telah diperdebatkan di beberapa laman sosial. Ada yang menyatakan bahawa kelawar ini adalah sejenis Acerodon jubatus – kelawar yang mempunyai warna emas di kepala. Tetapi teori itu meragukan kerana kelawar tersebut tidak mempunyai warna emas di bahagian atas kepalanya.

Ada pula yang menyatakan bahawa kelawar itu datang dari jenis Pteropus vampyrus – salah satu kelawar yang bersaiz besar dengan telinga yang panjang dan bahagian muka seakan serigala.

- Advertisement -

Manakala terdapat juga beberapa perdebatan yang menghubungkan kelawar dengan ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ, tetapi secara faktanya, kelawar sebenarnya tidak kehausan ᴅᴀʀᴀʜ, mereka hanya kehausan nektar – cairan manis yang dihasilkan oleh bunga. Malah mereka suka makan buah-buahan dan suka bertenggek di puncak pohon besar.

Untuk rekod, kelawar telah dikatakan punca kepada ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang melanda dunia. Manakala di Sulawesi Utara Indonesia pula, kelawar masak lemak telah dijadikan sajian makanan untuk masyarakat di sana.

Terdahulu, kerajaan China telah bertindak menutup satu pasar basah di Wuhan kerana ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ menjadi puncar kepada tularnya ᴡᴀʙᴀᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL