spot_img

Tergamak Si Tanggang “ʙᴜᴀɴɢ” Bapa Positif ᴄᴏᴠɪᴅ Di Kuil

- Advertisement -

KASIH ibu membawa ke syurga sementelah kasih ayah itu sepanjang masa.

Begitulah jasa ibu bapa yang sentiasa ʙᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ apa saja dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Justeru, sebagai balasan menjadi tanggungjawab anak-anak pula menjaga ibu bapa yang sudah tua dan ᴜᴢᴜʀ.

- Advertisement -

Namun begitu tidak bagi pasangan suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand.

Mereka tergamak ‘ᴍᴇᴍʙᴜᴀɴɢ’ bapa berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana warga emas itu disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

- Advertisement -

Menurut laporan Bangkok Post, kisah pilu itu dikongsikan seorang petugas perubatan di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Bua Yai menerusi laman sosial Facebook.

Dalam hantaran itu dimuatnaik sekeping foto yang memaparkan warga emas terbabit terbaring di atas jalan berhampiran sebuah kuil Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng daerah Bua Lai.

“Petugas ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ itu ᴋᴇᴄᴇᴡᴀ dan kesal dengan tindakan anak perempuan dan menantu warga emas berkenaan.

- Advertisement -

Menurut Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai anak perempuan dan menantu kepada lelaki tersebut ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ bapa mereka di kuil pada Ahad lalu.

Ketika kejadian warga emas itu ‘ᴅɪʙᴜᴀɴɢ’ bersama beg berisi pakaian sebelum pasangan suami isteri terbabit beredar menaiki sebuah kereta.”

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham pula memaklumkan warga emas berkenaan dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Thaebtham meluahkan ᴋᴇᴋᴇᴄᴇᴡᴀᴀɴ dan menyatakan perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan risiko ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 kepada individu lain.

Justeru, warga emas itu kemudiannya dibawa ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ di wilayah Khon Kaen untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lanjut.

Susulan kejadian itu, sami, petugas ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ dan anggota ᴘᴇɴʏᴇʟᴀᴍᴀᴛ yang menjadi kontak rapat warga emas berkenaan perlu menjalani ᴋᴜᴀʀᴀɴᴛɪɴ selama 14 hari.

Jumlah ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ keseluruhan setakat minggu lepas di negara Gajah Putih adalah sebanyak 526,828 dengan 4,264 ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL