spot_img

Subhanallah, Indahnya! Gambar Fenomena Halo Matahari

- Advertisement -

LAMAN sosial hari ini dipenuhi keindahan foto rakaman fenomena dikenali Halo Matahari yang berlaku sejak tengah hari tadi.

Fenomena Halo Matahari berlaku di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk dan mengelilingi matahari.

Kejadian itu dapat dilihat dihampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia selepas ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.

- Advertisement -

Gambar Oleh Shahrulnizam Alias

Fenomena optik ini juga berlaku disebabkan cahaya matahari melalui terbias dan terpantul apabila ia bergerak memasuki kristal ais berbentuk heksagon di dalam atmosfera.

Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi matahari.

- Advertisement -

Keindahan gegelung cincin mengelilingi matahari itu telah berjaya memukau pandangan ramai yang begitu teruja terhadapnya.

Justeru itu, warga maya tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan keindahan Halo Matahari di laman sosial terutamanya di Facebook dan Twitter.

- Advertisement -

Ramai yang terpesona dengan keindahan tersebut dan berkongsi rakaman foto serta video fenomena berkenaan yang dapat dilihat di tempat mereka.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL