spot_img

Viral Rakaman Laungan Anak 8 Tahun Sebut Ayah Di ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ

- Advertisement -

HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu bapa pergi buat selama-lamanya.

Apatah lagi apabila kita tidak dapat menyentuh dan membelai ᴊᴀꜱᴀᴅ insan dicintai buat kali terakhir.

Begitulah yang dilalui seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ini apabila hanya mampu melihat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ bapanya dibawa ke tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ dari jauh.

- Advertisement -

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook, kanak-kanak lelaki itu beberapa kali memanggil ‘ayah’ sewaktu petugas ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ sedang membawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ itu ke ʟɪᴀɴɢ ʟᴀʜᴀᴅ.

Difahamkan bapanya ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dan semua ahli keluarga tidak dibenarkan mengiringi ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ hingga ke kawasan tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ.

- Advertisement -

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak tersebut kelihatan sangat tabah dan setia melambai dari jauh sambil memanggil “ayah, ayah, ayah”.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar klip video berdurasi 41 saat tidak dapat dipastikan.

Ternyata perkongsian tersebut meluluhkan hati orang ramai yang seolah dapat merasai perasaan yang sedang dilaluinya.

- Advertisement -

Rata-rata warganet telah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ kata-kata semangat buat anak kecil itu dengan dugaan ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ bapa tercinta.

Coret warga maya:

“Harap bila besar adik akan jadi anak yang soleh, doa anak yang soleh dapat membantu ayah adik ke ᴀʟᴀᴍ ʙᴀʀᴢᴀᴋʜ, moga adik dirahmati ALLAH.”

“Sedihnya, ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ buat ahli keluarga. Semoga mereka tabah hadapi ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ orang tersayang.”

“Semoga semua yang ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ orang tersayang kuat melalui detik paling ꜱᴇᴅɪʜ dalam kehidupan.”

“ꜱᴇʙᴀᴋ rasanya, kuatkan semangat adik jadi anak yang soleh banggakan ᴀʀᴡᴀʜ. Al-Fatihah”.

“Dalam ᴋᴇꜱᴇᴅɪʜᴀɴ, ada kebahagiaan akan datang suatu masa nanti”.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL