spot_img

Viral Rider Foodpanda Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan

- Advertisement -

DALAM keadaan seperti sekarang ini, tak dinafikan khidmat rider penghantar makanan antara khidmat penting dan sangat diperlukan.

Ramai yang lebih selesa memesan makanan secara atas talian dan menunggu pesanan dihantar oleh rider Foodpanda misalnya.

Baru-baru ini pula, reaksi seorang rider Foodpanda semasa menghantar pesanan pelanggan ini menarik perhatian ramai. Semuanya gara-gara pesanan pelik yang diberikan oleh pelanggan ini yang memintanya untuk mengetuk pintu dan terus berlari selepas menghantarkan makanan.

- Advertisement -

Di dalam video yang dikongsikan ini, rider itu berkongsikan mesej yang dikirimkan oleh pelanggannya itu. Menurutnya, pelanggan itu meminta dia untuk meletakkan sahaja makanan itu di rak yang disediakan kemudian mengetuk pintu sebelum melarikan diri.

Akur dengan pesanan yang diberikan, rider itu kemudian meletakkan makanan itu di tempat yang diminta. Lebih mencuit hati, lelaki itu juga turut melakukan pesanan yang diminta oleh pelanggannya itu dan bergegas melarikan diri.

- Advertisement -

Malah lelaki itu juga siap meletakkan telefonnya di tangga untuk merakamkan adegannya melarikan diri. Tidak cukup dengan itu, rider itu siap merakamkan dirinya berlari bermula dari di hadapan pintu rumah pelanggan itu sehinggalah dia tiba di motorsikalnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi rider itu dalam menuruti arahan itu. Ada juga yang berseloroh mujur juga pelanggan itu tidak memberikan pesanan yang bukan-bukan untuk rider tersebut.

“Nasib dia suruh lari. Kalau dia suruh merangkak, masak kau abang panda.”

- Advertisement -

“Saya selalu buat macam ni tapi bukan sebab kuarantin, hanya sebab malu nak jumpa abang panda.”

“Dia tengah kuarantin kat rumah kot”

“Nasib dia tak tulis lompat tak payah ikut tangga bang.”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL