spot_img

Ibu Tunggu Anak Balik Jamah Rendang, Menangis Cuma Mampu Lihat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Melintasi Rumah

- Advertisement -

MENGHADAPI pemergian insan tersayang adalah situasi yang amat memilukan. Sedih dan sebak yang dirasai sukar diluahkan, hanya tangisan dan air mata menjadi saksi betapa hancurnya hati menerima kenyataan orang yang dikasihi tiada lagi.

Lebih-lebih lagi ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ yang berlaku ketika pandemik ini yang membataskan keluarga untuk memberikan pelukan dan kucupan terakhir kepada ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ Covid-19 kerana prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

Demikianlah situasi yang dihadapi sebuah keluarga tatkala saudara mereka tewas kepada Covid-19. Video yang memilukan itu dikongsikan pengguna TikTok @angahhbo baru-baru ini tular di laman sosial.

- Advertisement -

Kedukaan tidak dapat dibendung lagi tatkala mendengar teriakan seorang ibu tua yang amat merasai pemergian anaknya tatkala van ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang melintasi kediaman membuatkan ramai sebak.

Momen memilukan itu turut menyaksikan ahli keluarga cuba menenangkan kesedihan antara satu sama lain.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh anak saudara ᴀʀᴡᴀʜ, difahamkan ᴀʀᴡᴀʜ, ᴀʟʟᴀʜʏᴀʀʜᴀᴍ Abdul Aziz Bin Bulat, 59, dimasukkan ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ kerana ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ.

- Advertisement -

Beberapa hari di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ, doktor mengesahkan ᴀʀᴡᴀʜ positif Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot hingga menghembuskan nafas yang terakhir pada 31 Julai 2021 jam 5.40 pagi.

“ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dapat dibawa pulang ke Melaka tapi terus ke tanah perkuburan. Urusan sangat mudah dan lancar. Alhamdulillah.

- Advertisement -

“Yang mendoakan terima kasih banyak-banyak, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa anda semua,” tulisnya.

Momen yang paling menyedihkan ialah apabila ibu kepada ᴀʀᴡᴀʜ menangguhkan untuk memanaskan rendang seolah-olah merasakan ᴀʀᴡᴀʜ akan pulang dalam masa terdekat. Namun tiada siapa menyangka anak yang ditunggi-tunggu pulang sebagai ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜɴʏᴀ.

“Yang paling sedih pada 30.7.2021, nenek nak panaskan rendang yang dia simpan dalam peti ais untuk ᴀʀᴡᴀʜ. Tapi nenek tak jadi panaskan, nenek kata kot-kot ᴀʀᴡᴀʜ balik lagi satu atau dua hari.

“Nenek simpan balik dalam peti ais. Nenek minta belikan ikan, ayam. Nenek dapat rasa macam ᴀʀᴡᴀʜ nak balik satu atau dua hari lagi.

“Rupanya ,memang ᴀʀᴡᴀʜ nak balik tapi dalam keadaan macam ni. ALLAHU, memang tak boleh lupa, akan jadi ingatan sampai bila-bila,” katanya.

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan.

Sehingga 2 Ogos 2021, sebanyak 9,403 kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ dilaporkan yang diakibatkan oleh jangkitan Covid-19. Semalam juga jumlah ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ yang dicatatkan iaitu sebanyak 219 kes.

@angahhbo31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..#covid19 #xyzbca #fyp #fypシ♬ original sound – SAS

Sumber: Tiktok @angahhbo, Facebook Ibunda House

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL