spot_img

Sanggup Bagi Alasan Nak Ke Mekah Semata Mata Mahu Rentas Daerah Ikut Laluan Laut

- Advertisement -

CUBAAN merentas daerah kali kedua tertanya gagal setelah diselamatkan pihak berkuasa dengan dibawa naik ke atas bot.

Sebelum ini lelaki itu juga cuba merentas Selat Pulau Pinang dengan berenang dari George Town ke Seberang Perai sejauh 3 kilometer untuk berjumpa rakannya.

- Advertisement -

Tular beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan tindakan berani lelaki tersebut yang cuma menaiki rakit yang diperbuat daripada bongkah gabus.

- Advertisement -

Ketika ditemui, lelaki berusia 28 tahun itu didapati hanya berseluar pendek dan memakai baju berwarna biru dan dilihat membawa bersama sebuah beg galas dan kain pelikat yang diikat pada tubuhnya.

Ketika ini, Pulau Pinang masih berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dan aktiviti rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

- Advertisement -

Menurut Akhbar Tempatan, lelaki itu mahu berenang pergi ke tanah suci Mekah.

Itu alasan yang diberikan seorang lelaki yang diselamatkan selepas ditemui di perairan negeri ini di atas pelampung gabus styrofoam oleh pihak berkuasa semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, ᴍᴀɴɢꜱᴀ sebelum itu telah terjun ke dalam laut di Jeti Tanjung City Marina di sini sebelum diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki berusia 28 tahun tersebut merupakan individu sama dalam kejadian yang dilaporkan sebelum ini yang mahu pergi ke Seberang Perai.

“Kali ini, alasan yang diberikan adalah untuk berenang pergi ke tanah suci Mekah.”

“Pihak polis telah membawanya ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Pulau Pinang untuk mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ dan penilaian tahap ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ ᴍᴇɴᴛᴀʟ, manakala ujian saringan awal air ᴋᴇɴᴄɪɴɢ mendapati dia ɴᴇɢᴀᴛɪꜰ ᴅᴀᴅᴀʜ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soffian berkata, lelaki itu kini ditempatkan di ᴡᴀᴅ ᴘꜱɪᴋɪᴀᴛʀɪᴋ, Jalan Perak di sini bagi ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lanjut.

Dalam kejadian pada 12 Julai lalu, lelaki tersebut telah diselamatkan pekerja Penang Port Sdn. Bhd. di kawasan sama selepas terjun ke dalam laut dan memberi alasan untuk berenang menyeberang ke Seberang Perai bagi berjumpa rakannya.

Hasil penilaian pihak ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ sebelum ini juga mendapati dia tidak mengalami sebarang masalah ᴍᴇɴᴛᴀʟ serta telah diambil oleh ibu bapanya untuk mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ pemulihan di Agensi ᴀɴᴛɪ ᴅᴀᴅᴀʜ Kebangsaan (AADK) kerana ᴋᴇᴛᴀɢɪʜᴀɴ ᴅᴀᴅᴀʜ yang serius.

Akhbar Tempatan hari ini melaporkan seorang lelaki ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di negeri ini ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus semalam.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira 1 meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL