spot_img

ʙᴜɴᴜʜ Ketua ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ, Lelaki Nigeria Dihukum Gantung Sampai ᴍᴀᴛɪ

- Advertisement -

Seorang lelaki Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai ᴍᴀᴛɪ oleh ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ Ketua ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang ᴍᴀʏᴀᴛɴʏᴀ ditemukan dalam unit kondominium dekat Cyberjaya pada Mei 2019.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata kenyataan tertuduh bahawa dia telah meninggalkan kediaman ᴍᴀɴɢꜱᴀ pada 8 Mei 2019 adalah bertentangan dengan bukti rakaman kamera litar tertutup di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, yang merakam kelibat tertuduh pada keesokan hari.

- Advertisement -

“Maka kenyataan tertuduh bahawa beliau tidak lagi bersama ᴍᴀɴɢꜱᴀ pada 8 Mei 2019 dan telah meninggalkan kediaman itu hanyalah semata-mata penafian,” katanya.

Gilbert yang memakai pakaian ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ warna putih kelihatan menangis sebaik keputusan hukuman dijatuhkan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ab Karim berkata, pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan baju yang dipakai tertuduh pada hari kejadian yang mempunyai kesan ᴅᴀʀᴀʜ dan asid deoksiribonukleik (DNA) milik ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

Bagaimanapun ujar beliau, ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga selesai keputusan rayuan pihak pembelaan di ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ Rayuan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Shafinah Taib.

- Advertisement -

Gilbert dituduh ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, 15 Mei 2019.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ yang membawa hukuman ᴍᴀᴛɪ jika sabit kesalahan.

Pada 16 Mei 2019, media melaporkan penemuan ᴍᴀʏᴀᴛ Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat ᴅᴀʀᴀʜ mengalir keluar daripada unit kondominium berkenaan.

ᴍᴀʏᴀᴛ ketua ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan ᴋᴇʟᴀʀ pada dada, leher serta kepala ᴍᴀɴɢꜱᴀ dan polis percaya Siti Kharina telah ᴅɪʙᴜɴᴜʜ dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan ᴍᴀʏᴀᴛɴʏᴀ.

Sementara itu, adik ᴍᴀɴɢꜱᴀ, Siti Khairani Mohd Kamarudin, 38, berkata, selama ini mereka mendoakan keadilan dalam kes kakaknya.

“Tidak kira siapa yang menang sama ada dia atau kakak saya namun kita mahu keadilan.

“Saya harap keputusan ini yang terakhir dan tidak perkara berkait lagi selepas ini,” katanya.

Terdahulu Siti Khairani turut menangis kegembiraan sebaik hakim menjatuhkan hukuman ᴍᴀᴛɪ ke atas tertuduh.

Nak macam-macam info? Jom join channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL