spot_img

Hidu Cuka Bagi Elak Jangkitan Covid-19, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ Dedah Impak Negatif

- Advertisement -

SEBELUM ini, terlalu banyak mitos mengenai ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ sampingan yang dikatakan boleh menyembuhkan jangkitan Covid-19.

Antaranya seperti menggunakan bawang putih dan menghidu wap daripada air rebusan bunga cengih.

Terbaharu, tular di TikTok yang mengatakan semburan cuka pada tapak tangan dan kemudian menghidunya dapat mengelak daripada jangkitan ᴡᴀʙᴀᴋ pandemik itu.

- Advertisement -

Kata mereka, bau masam yang dikeluarkan oleh cecair tersebut juga mampu mengelak ᴠɪʀᴜꜱ itu tersebar kepada orang ramai.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian seorang ahli ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ yang dikenali sebagai Dr Champz.

- Advertisement -

Tampil memberi penjelasan di TikToknya, beliau berkata, petua yang viral berkenaan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Buktinya, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ itu pernah berhadapan dengan seorang ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ yang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan berkenaan.

@drchampz#stitch with @keriaviralkemaman Kalaulah cuka boleh bunuh virus COVID.. #learnontiktok #tiktokguru #healthcheck #tiktokdoc_my♬ original sound – DrChampz☆チェーミ 🇲🇾🇵🇸
- Advertisement -

“Sebenarnya, kandungan asid yang pekat boleh menyebabkan ɪʀɪᴛᴀꜱɪ pada hidung, paru-paru dan mata,” jelasnya.

Pada masa sama, Dr Champz memberitahu, banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti.

Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.

“Mungkin cara itu boleh melegakan sedikit gejala namun ia tidak sesuai untuk semua orang,” katanya.

Oleh itu, tidak perlu terlalu taksub dengan amalan yang masih belum tahu kesahihannya.

Memadai dengan mematuhi SOP, selain hanya keluar rumah apabila perlu sahaja, tegasnya.

Komen Netizen:

“saya baru lepas marah mak saya smlm sbb percaya benda ni.. skrg dah terbalik anak2 plk ken pantau mak ayah tgok apa kat fesbuk 😭😭”

“ᴠᴀᴋꜱɪɴ tak percaya. sedut cuka percaya pulak”

“betapa bangganya sy ayah saya dah 68 thun tp x pernah percaya benda mengarut mcm tu..btw ayah org kmpung, tp bijak..syukur”

“Kawan saya ade cuba benda ni..Dia x pakai cuka..dia pakai gam UHU…Alhamdulillah..dah sampai bulan”

“hrtu ada doc lain explain ttg isu ni jg. katanya bhya sbb boleh rosakkan lapisan penapis dlm hidung kt. hrp² jgn la ada yg buat lg”

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL