spot_img

Lelaki Kecewa Beli Baju RM1500 Tetapi “Dapat” Jagung Buruk

- Advertisement -

KECOH sejak semalam dalam industri bundle tempatan apabila seorang lelaki yang juga menjual barangan pakaian bundle luah kekecewaan setelah baju yang dibeli daripada rakan beliau diterima dalam keadaan keadaan yang ‘berbeza’.

Menurut perkongsian ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ ᴍᴀɴɢꜱᴀ @AidilLatifff, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak kurier ᴊ&ᴛ Setapak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengambil barangan pelanggan.

Lebih mengejutkan, beliau yang sepatutnya menerima pakaian yang dibeli bernilai RM1,500 oleh rakan beliau telah menerima parcel double tracking berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021 lalu.

- Advertisement -

Isu yang berlaku turut ᴍᴇɴᴅᴇꜱᴀᴋ beliau memuat naik sebuah video dalam menjelaskan isu yang berlaku melibatkan kurier ᴊ&ᴛ cawangan Setapak. Beliau juga turut membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku.

Jika dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan, penerima berkenaan telah menerima barangan dengan alamat yang berbeza daripada alamat sebenar beliau.

- Advertisement -

ᴍᴀɴɢꜱᴀ Aidil Latif dalam video beliau sebaliknya tidak menyalahkan pihak penjual kerana cukup kenal dan yakin dengan kejujuran pihak penjual. Malah, beliau yang kerap berurusan dengan pihak penjual berkenaan turut memaklumkan penjual tersebut turut menunjukkan gambar dan video barangan sebelum membuat penghantaran.

Netizen lain turut meluahkan isu melibatkan ᴋᴜʀɪᴇʀ ᴊ&ᴛ

- Advertisement -

Difahamkan isu ini tidak hanya berlaku secara kebetulan atau kecuaian, terdapat para netizen yang mengadu turut mengalami situasi yang sama menerusi cawangan ᴊ&ᴛ Setapak.

Terdapat juga netizen yang memesan muruku dan menerimanya dalam keadaan muruku berbaki separuh balang manakala penutupnya pula sekadar digantikan oleh bubble wrap.

Menurut perkongsian terbaru daripada Aidil Latif, video luahan kekecewaan beliau terhadap kurier ᴊ&ᴛ cawangan Setapak telah diturunkan berikutan merupakan jumlah report yang tinggi di Instagram.

Sumber: ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ Sellsomeheat_

Menerusi perkongsian terbaru daripada Aidil Latif pada 4 Ogos, beliau memaklumkan pihak ᴊ&ᴛ telah mengambil maklum mengenai isu yang berlaku dan berjaya menemui parcel baju beliau.

Aidil Latif turut berterima kasih kepada pihak ᴊ&ᴛ yang mengambil berat terhadap isu yang berlaku dan difahamkan beliau telah mendapatkan parcel sebenar beliau.

Nak macam-macam info? Join Group Telegram Aku Papan Kekunci Untuk Lebih Berita | Travel | Quotes

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL