spot_img

Taktik Terbaru Sewaktu COD “ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ” Didedahkan

- Advertisement -

SEJAK akhir-akhir ini dapat dilihat orang ramai sudah mulai selesa membeli barangan secara dalam talian sahaja. Bermula daripada barangan runcit sehinggalah kepada barangan mewah bernilai ribuan ringgit.

Dalam pada itu, keghairahan orang ramai membeli barangan secara dalam talian secara tidak langsung turut ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴀɴɢ ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ untuk mengambil ᴋᴇꜱᴇᴍᴘᴀᴛᴀɴ atas kesenangan orang lain.

Menerusi perkongsian Facebook Norashikin Othman, beliau telah berkongsi isu melibatkan taktik terbaru ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ yang mahu mendapatkan wang pelanggan menggunakan taktik COD di mana beliau hampir menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

SUMBER: FACEBOOK NORASHIKIN OTHMAN
- Advertisement -

Kejadian berlaku pada baru-baru ini apabila suaminya teleh menelefonnya untuk mendapatkan barangan kerana dikatakan seorang lelaki yang bertugas di kurier Ninja Van bakal tiba dan meminta untuk menyediakan wang RM279. Difahamkan wang tersebut perlu disediakan memandangkan bayaran dibuat sewaktu COD.

Jam yang dikatakan berharga melebihi RM1,000 ini dikatakan berjaya didapatkan pada harga promosi. Walau bagaimanapun, suaminya turut memesan untuk membuka parcel tersebut terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.

Lima minit menanti, pekerja Ninja Van pun tiba. Wanita ini telah meminta untuk membuka parcel yang diterima walau bagaimanapun pekerja Ninja Van tersebut tidak membenarkannya kerana perlu membayar terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Timbul ᴋᴇʀᴀɢᴜᴀɴ barangan yang diterima

KEDAI ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ SUAMI BELIAU MEMBELI JAM. SUMBER: FACEBOOK NORASHIKIN OTHMAN
- Advertisement -

Dalam pada itu, tidak hanya wanita tersebut yang ragu-ragu, malah pekerja Ninja Van berkenaan turut sangsi dengan parcel tersebut kerana kotak kosong dan tidak berisi dan bukannya jam tangan seperti yang dimaklumkan suaminya.

Menurut pekerja Ninja Van berkenaan, barangan-barangan daripada ᴄʀᴏꜱꜱʙᴏʀᴅᴇʀ kebanyakkannya adalah daripada pihak ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ. Beliau juga turut memaklumkan sudah ramai individu yang menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ kerana menerima barangan daripada ‘syarikat’ ini. Mengetahui perkara tersebut, wanita berkenaan memilih untuk tidak menerima barangan tersebut.

Difahamkan pemilihan untuk menolak barangan yang diterima adalah dibenarkan. Wanita tersebut turut berkongsi langkah-langkah lain yang boleh digunakan dengan menghantar mesej kepada penghantar barangan berkenaan dengan menulis “I did not order this item” atau “Cancel order”. Ayat ini dimaklumkan diterima beliau menerusi staf Ninja Van sendiri.

- Advertisement -

Wanita tersebut mengatakan sehingga kini masih belum terdapat sebarang parcel lain yang diterima melibatkan jam tangan memandangkan mereka sudah membuat pembatalan tempahan.

Dimaklumkan taktik seperti ini sememangnya semakin kerap digunakan ꜱᴄᴀᴍᴍᴇʀ dalam mengaut duit pengguna tanpa sedar. Diharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menerima parcel khususnya yang membuat bayaran sewaktu COD parcel.

Nak macam-macam info? Join Group Telegram Aku Papan Kekunci Untuk Lebih Berita | Travel | Quotes

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL