KEHILANGAN orang tersayang adalah amat memeritkan.
Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan beberapa ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ melibatkan ahli keluarga tercinta dalam sekelip mata.
Seperti yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila kehilangan ibu yang dikasihi serta disusuli pemergian abang kandungnya hanya selang beberapa hari.
Ya ALLAH, berat sungguh dugaan insan dikenali Ayien ini.
Menerusi video yang dikongsi di Twitter, kelihatan dirinya begitu lemah di tanah perkuburan sambil ditenangkan seseorang.
Ayien diuji kehilangan ibu yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ disebabkan Covid-19 tahap 5 pada 29 Julai lalu.
Tambah lagi duka apabila dirinya terpaksa berhadapan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ abangnya tiga hari kemudian juga akibat Covid-19 tahap 5.
Lagi memeritkan, kakaknya pula kini sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal.
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal manakala ayahnya sudah pun sembuh.
“Hari ini (kelmarin) mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal.
“Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah,” pintanya.
Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu menjadi tular di media sosial.
“ALLAH, tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya. Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.
Menjengah di media sosial, rata-rata warganet menghujani doa dan kata-kata semangat buat dirinya menempuh kehidupan.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah😭 pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M
— Ayien©️ (@yein654) August 2, 2021
Nak macam-macam info? Jom join channel Telegram Aku Papan Kekunci
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: