spot_img

Alhamdulilah Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

- Advertisement -

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi selepas menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ selama hampir 3 jam bermula pukul 2 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Nana Mohd. Rom menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.”

- Advertisement -

“Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedarkan diri. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” ujar Nana.

Terdahulu sekitar pukul 2 petang tadi, suami Siti Sarah, Shuib mengesahkan isterinya telah menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ untuk mengeluarkan bayi dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ yang berusia tujuh bulan.

- Advertisement -

“Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi (tadi), lebih kurang pukul 2 petang Sarah akan menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ untuk keluarkan bayi dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ.”

“Saya mohon terus doakan agar ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya dalam ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah diatas kelahiran tersebut tetapi masih risaukan keadaan Siti Sarah yang masih belum sedarkan diri lagi.

- Advertisement -

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi.

“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.”

“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yasin, doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik.”

“Insya-Allah dengan ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.

Sebentar tadi, difahamkan satu majlis bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf itu telah diadakan secara virtual dan dihadiri sekurang-kurangnya 92 kenalan Siti Sarah dan Shuib.

Nak macam-macam info? Jom Join Group Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL