“Jaga adik-adik dengan baik dan dengar semua nasihat nenek.”
Itulah pesanan terakhir seorang ibu, Faridah Omar, 35, kepada salah seorang anaknya, Muhd. Syakir Safwan Muhd. Saifol, 10, sebelum ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
Faridah yang tinggal di Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini mempunyai enam orang anak berusia antara empat tahun hingga 15 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Menurut Muhd. Syakir, dia tidak menyangka ungkapan itu merupakan pesanan terakhir ibunya sebelum ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ.
“Saya akan mengingati pesanan ibu saya itu demi masa depan kami semua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Nipah, semalam.
Dua abang Muhd. Syakir adalah Muhd. Afiq Ikhwan, 15, dan Muhd Aidil Asraf, 14, serta tiga lagi adiknya, Muhd. Syafiq Haikal, 8, dan Muhd. Faris Iskandar, 6, dan Muhd. Amsyar Hakimi, 4.
Tambahnya, dia sedih dengan kehilangan ibu ketika semua adik-adiknya masih kecil dan memerlukan kasih sayangnya.
“Kami kini kehilangan orang tersayang yang menjadi tempat kami adik beradik bergantung,” katanya.
Menurutnya, dia bersama ibunya dan dua adiknya, Muhd. Syafiq Haikal dan Muhd. Faris Iskandar sebelum ini menetap di rumah datuk dan neneknya, Omar Ahmad, 70, dan Che Gayah Hamzah, 69, di Kampung Teluk Nipah sejak empat tahun lalu.
Sementara itu, abangnya, Muhd. Afiq Ikhwan dan Muhd. Aidil Asraf serta adik bongsunya, Muhd. Amsyar Hakimi pula tinggal dan dipelihara keluarga angkat yang mempunyai talian persaudaraan di Pulau Pinang.
Katanya, mereka terpaksa berjauhan selepas ibu dan bapa mereka tinggal berasingan ekoran masalah rumah tangga.
Sementara itu, emak saudara Muhd. Syakir, Siti Farahana Omar, 31, berkata, Faridah yang bekerja sebagai seorang operator di sebuah kilang di Pulau Pinang membuat ujian saringan di sebuah klinik swasta pada Sabtu lalu selepas demam.
“Keputusan ujian itu positif Covid-19 dan sejak itu, Faridah hilang selera makan sebelum mengalami sesak nafas, sakit dada dan pening yang teruk,” ujarnya.
“Pada Isnin, Faridah telah dikejarkan ke HSAH selepas kesihatannya semakin merosot dan keadaannya semakin kritikal ketika menerima rawatan di ICU.
“Bagaimanapun pada pukul 8.30 pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada doktor bertugas mengatakan kakak saya itu telah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ pada pukul 7.30 pagi akibat Covid-19,” ujarnya.
Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: