spot_img

Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Britain, Rakyat Malaysia Tentu Gembira

- Advertisement -

KEMENANGAN tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu turut diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.

Pegawai polis berusia 30 tahun itu sendiri malah dilaporkan media Britain juga terperanjat apabila kereta lama yang berusia tiga dekad tersebut mampu menewaskan 49 pesaingnya.

Uniknya, model Saga yang dijenamakan sebagai Black Knight 1.5 GL untuk pasaran kereta jenis sedan Britain itu hanya ada 201 unit berjaya dijual di negara berkenaan pada 1989 lalu.

JON COUPLAND bergambar dengan Proton Saga yang diumumkan menjuarai Concours de I’Ordinaire di Lincolnshire, Britain baru-baru ini. – Foto Twitter Jon Coupland
- Advertisement -

“Rakyat Malaysia tentu bangga!” ciap pengguna akaun sosial Twitter di Britain yang dikenali sebagai Jemboolo Doborbalah sebelum dibalas beliau semula dengan ucapan terima kasih.

Acara tahunan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan pelbagai jenama kereta klasik dari 1968 sehingga 1989 untuk diadili enam juri bagi merebut anugerah Concours de I’Ordinaire.

Festival Hagerty itu berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe berusia 505 tahun di Lincolnshire dengan mendapat liputan luas pelbagai media antarabangsa terutama Eropah.

- Advertisement -

Menerusi ciapan dalam akaun dirinya, Coupland menulis: “Anda mungkin tidak percaya yang saya sendiri pun masih lagi tidak percaya akan menang sebab persaingan memang sengit!”

Menariknya, kereta terpakai itu dibelinya pada 2019 lalu dan beliau pula merupakan pemilik ketiga setelah tuan punya asalnya menyimpan kenderaan tersebut dalam garaj sejak 1993.

Pemilik pertama ujar beliau, hanya memandu sejauh 5,794 kilometer sebelum jatuh sakit dan dibeli pemilik kedua pula pada 2017 dengan jarak keseluruhannya cuma 16,093 kilometer.

- Advertisement -

Disebabkan minat dengan kereta lama itu, beliau bahkan memiliki dua buah lagi model sama yang juga berwarna hitam iaitu 1.5 SE LE dan 1.3 GLS di kediamannya di Boston, England.

“Spesifikasi model ini cukup asas iaitu tidak dilengkapi stereng berkuasa, tiada bumbung suria dan tingkap masih tuil manual lagi selain radio kaset jenama lama Blaupunkt,” jelas Coupland.

Proton Saga mula dilancarkan pada 1985 dan sehingga kini, sejumlah 1,834,454 unit model sedan segmen A itu dengan terbaharu generasi ketiga, sudah pun dijual di 29 buah negara.

Model asal direka bentuk berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun dan dibangun di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL