spot_img

Wanita Kecewa Pelanggan Buang Kek ‘Bajet’ Dalam Tong Sampah

- Advertisement -

BARU-BARU ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu seakan tidak berpuas hati dengan kek yang dibeli dan bertindak membuangnya ke dalam plastik sampah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Ain Syaf, dia mengakui agak terkilan dengan sikap seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek yang dibelinya ke dalam plastik sampah.

Menurutnya, dia telah menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan yang memaklumkan kek tersebut langsung tidak mempunyai perisa dan hanya rasa gula icing sahaja.

- Advertisement -

Tegasnya juga, selama dia menjual kek, individu tersebut merupakan pelanggan pertama yang mengadu kek bajet berharga RM10 itu tiada rasa.

Lebih menyedihkan, wanita terbabit turut menerima ugutan yang pelanggan tersebut ingin membuat live mengatakan keknya hanya ‘sampah’.

- Advertisement -

“Kek yang kami jual semua baru bakar. Bahan semua saya guna yang sedia putar sahaja, tiada tambah-tambah gula lagi. Saya pun tidak tahulah customer ni sengaja mau buat live malukan kami atau sebaliknya.

“Jumlah yang dia beli RM20 untuk dua biji kek. Kamu rasa berbaloikah saya jual kek RM10 lepas tu saya penuhkan filling kek tanpa Fresh cream?

“Sudah saya bagitau awal-awal saya jual kek bajet, bukan kek premium guys,” luahnya.

- Advertisement -

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan individu berkenaan. Rata-rata mereka turut mendoakan agar penjual kek itu terus dimurahkan rezeki.

Kata mereka;

“Tergamakla dia buang. Besar wei kek RM10 macam tu. Aku rasa customer tu kena swab test takut kena Covid-19. Saya doakan dengan kejadian ini ALLAH murahkan lagi rezeki sis.”

“Marketing free sis untuk u… bertambah lagi la rezeki u lepas ni.”

Baca juga Lelaki Kecewa Beli Baju RM1500 Tetapi “Dapat” Jagung Buruk

“Ujian ALLAH bagi sis… ada hikmah tu. Insya-ALLAH ramai dah tau kedai sis.”

“Ni la orang tak pandai bersyukur kek harga RM10 sama yang mahal pun tak dapat beza mau murah tapi tak berharap macam tu harga kayangan punya rasa.”

“Nampak macam kek tu tak terusik pun, dia try ising dulu ka?”

Sumber: Ain Syaf

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL