spot_img

Ada Kes ᴄᴏᴠɪᴅ Dalam Apartment Tapi Tak Boleh Masuk Sebab Pak Guard Rehat

- Advertisement -

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera. Hari ini saya hendak berperanan sebagai Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan, pasal itu saya mahu memberikan Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang. Bukan apa, ada cerita di sebalik tips yang saya mahu berikan ini. Hendak tahu apa ceritanya, bacalah hingga ke akhir perenggan.

Kalau sebut saja pasal pengawal keselamatan, semua orang tahu. Mereka berperanan untuk mengawal keselamatan premis seperti pejabat kerajaan dan swasta, bank, stadium, kawasan pembinaan dan pelbagai lagi. Di kalangan orang-orang biasa ia lebih dikenali sebagai Pak Guard.

Gambar sekadar hiasan.

Namun, pengawal keselamatan ini ada yang kerjanya baik dan ada yang sebaliknya. Tetapi dalam pengalaman saya berurusan atau mengenali pengawal keselamatan, kebanyakannya bermasalah. Baik dari masalah disiplin, moral, personaliti diri dan sebagainya. Jadi di sini saya sebagai pemerhati dan terlibat secara langsung bagi memantau aspek-aspek keselamatan ini ingin memberikan beberapa Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang.

- Advertisement -

1) Hendaklah selalu berpakaian kemas dan segak.

2) Sentiasa memberikan senyuman kepada pelawat / tetamu.

3) Bertutur dengan tegas tetapi mengekalkan kesopanan dalam pertuturan.

- Advertisement -

4) Sentiasa menghormati pelawat / tetamu.

5) Tidak tidur semasa dalam bertugas.

6) Kerap melakukan rondaan untuk mengawal keselamatan.

- Advertisement -

7) Tidak meninggalkan pos kawalan sesuka hati.

8) Sentiasa patuh pada arahan ketua dan kakitangan tempat bertugas.

9) Selalu pastikan keadaan pos kawalan dan persekitarnnya bersih dan teratur.

10) Amalkan sikap memberi salam / hormat kepada pelawat / tetamu dan juga kakitangan tempat bertugas.

11) Melaksanakan segala tugasan di dalam prosedur yang telah ditetapkan.

Inilah sebahagian dari tips yang dapat saya berikan. Saya amat pasti, sekiranya mereka mengikut tips yang diberikan Insyaallah profesion pengawal keselamatan akan menjadi lebih profesional dan martabat mereka sebagai pengawal keselamatan dapat diangkat tinggi.

Agaknya, sebab apakah yang membuatkan saya membuat entry mengenai Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang ini?

Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku pada satu posting di Facebook baru-baru ini. Saya tertarik dengan satu kes melibatkan pengawal keselamatan dalam satu posting yang dibuat oleh Muhsin Zaidi. Beliau adalah antara petugas barisan harapan dalam berjuang membawa ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ ᴄᴏᴠɪᴅ menggunakan perkhidmatan ambulance.

Hendak dijadikan cerita, ceritanya bermula begini.

“Roadblock pun tak berhenti, traffic light merah kita jalan, atas jalanraya kenderaan semua bagi laluan, support kita nak bagi sampai destinasi secepat mungkin. Sampai-sampai palang tak boleh bukak sebab guard pergi rehat. Nak marah betul rasa.”

“Bukan sekali dua, tiap hari jumpa masalah macam ni. Ada yang mintak IC, ada yang suruh tunggu supervisor, ada yang suruh scan my sejahtera. Scan bapak kau, orang dah nak ᴍᴀᴛɪ tu bodo.”

“Kali ni lokasi di Apartment Anggerik Indah Seksyen 16 Shah Alam. Guard pergi rehat, tak boleh brain betul. Biar post guard tinggal macam tu je. Kalau ada ᴇᴍᴇʀɢᴇɴᴄʏ, lantak la. Sendiri la buat. Mujur la saya terfikir nak tolak palang tu secara manual, dapat jugak masuk.”

Saya rasa, yang membaca ini juga berasa marah dengan perbuatan pengawal keselamatan ini. Bayangkan jika lambat dan berlaku ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ? siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL