spot_img

Shuib Beritahu Sesuatu Terjadi Pada Siti Sarah Masa Ditidurkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun sejak kelmarin.

Susulan itu Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ Rapi (ɪᴄᴜ) ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini perlu menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ bagi mengeluarkan bayi dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ pada petang, semalam.

Suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ Story berkongsi mengenai tahap ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.

- Advertisement -

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.”

“Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.”

- Advertisement -

“Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Terdahulu, Shuib memuat naik gambar keluarganya dan menulis luahan rasa hatinya yang menantikan kepulangan isteri tercinta.

- Advertisement -

“I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulisnya.

Semalam turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara dalam talian dan disertai sahabat handai penyanyi itu.

Doa dan terus berdoa

Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang ʙᴇʀᴛᴀʀᴜɴɢ ɴʏᴀᴡᴀ kembali pulih.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi ᴅᴜɢᴀᴀɴ ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni, anak-anak semua mendoakan dia.”

Shuib berkata demikian sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang ʙᴇʀᴛᴀʀᴜɴɢ ᴍᴇʟᴀᴡᴀɴ ᴄᴏᴠɪᴅ 19 secara maya pada Jumaat malam.

VIDEO:

ᴅᴏᴋᴛᴏʀ HUKM Beritahu Shuib Keadaan Terkini Anak Beliau Lepas ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ

Tiada apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan ᴋᴇꜱᴇᴍʙᴜʜᴀɴ isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan.”

“Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh, doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang ʙᴇʀᴛᴀʀᴜɴɢ ɴʏᴀᴡᴀ ᴍᴇʟᴀᴡᴀɴ ᴄᴏᴠɪᴅ 19.

Shuib memohon agar semua mendoakan ᴋᴇꜱᴇᴍʙᴜʜᴀɴ isterinya. Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat ᴍᴇʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ bayi lelaki ᴘʀᴀᴍᴀᴛᴀɴɢ selepas menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang

Siti Sarah dimasukkan ke Unit ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ Rapi (ɪᴄᴜ) ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ bagi mengeluarkan bayi dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ yang kini mencecah lapan bulan.

Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

“ᴛɪᴘᴜ la kalau cakap saya ni ok ᴇᴍᴏꜱɪ stabil, 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.”

“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost ʟᴏꜱᴛ dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.”

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni, walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh ꜱᴇʙᴀᴋ.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ 19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL