spot_img

Hadiah Paling Bermakna Datuk Azizul Selain Menang Perak Olimpik 2020

- Advertisement -

TOKYO – Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.

- Advertisement -

- Advertisement -

Namun apa yang paling mengejutkan sebentar tadi semasa Datuk Azizul sedang memberi ucapan berkenaan kejayaannya meraih pingat Perak, Wartawan Astro Arena di Olimpik Bazly Azmi memberitahu sesuatu yang mengejutkan rakyat Malaysia dan Datuk Azizul sendiri.

Datin Athiah Ilyana ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ Anak Ketiga.

Semasa Datuk Azizul sedang mengakhiri ucapan ulasan, Bazly Azmi tiba-tiba mengatakan sesuatu yang mengejutkan Datuk Azizul sendiri. “isteri anda Datin Athiah ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ anak ketiga”.

Bazly Azmi berkata dia diberi kepercayaan oleh isteri Datuk Azizul, Datin Athiah Ilyana Bt Abd Samat untuk menyimpan berita ini sehingga tamat acara Keirin.

- Advertisement -

Datuk Azizul terus melakukan sujud syukur sejurus mendengar berita yang menggembirakan itu.

Ia bukan satu perjalanan yang mudah buat Azizul yang terlalu banyak ʙᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ demi memastikan emas berjaya dimiliki negara.

Suka dan ᴅᴜᴋᴀ. Tapi inilah sukan. Ada up and down. Ada ketika kita nak menang tapi benda tak boleh nak kawal. Tapi saya nak rakyat Malaysia tahu, daripada awal sampailah ke final saya beri lebih daripada yang terbaik.

“Masa saya kayuh tadi saya teringat anak saya di Melbourne, isteri saya, mak saya, ayah saya. Daripada saya umur 15 tahun saya tinggal kampung, mak saya tinggal seorang. Masa saya terbang ke Tokyo saya dapat tahu ayah saya masuk ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ di ꜱᴇʀᴀɴɢ ᴍɪʟᴅ ꜱᴛʀᴏᴋ.”

“Tapi adik-beradik saya mahu saya fokus Olimpik. Saya tiada pilihan, saya fikirkan tanggungjawab saya kepada negara.”

“Masa saya kayuh saya ingatkan mereka semua, saya harap mereka semua tak ᴋᴇᴄᴇᴡᴀ dengan keputusan ini. Saya sudah buat yang terbaik untuk mereka untuk rakyat Malaysia dan untuk sukan negara kita,” katanya.

Namun dalam keadaan ᴅᴜᴋᴀ itu, Azizul diberikan khabar gembira bahawa dia bakal menimbang cahaya mata ketiga perkara itu sedikit sebanyak ᴍᴇɴɢᴜʙᴀᴛ ᴋᴇᴋᴇᴄᴇᴡᴀᴀɴɴʏᴀ itu.

Ditanya adakah dia akan terus bersama negara pada Olimpik, Paris 2024, Azizul berkata memang itu perancangannya namun buat ketika ini, dia memohon untuk diberi masa bertenang dan berehat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL