spot_img

Ustaz Ebit Lew Dedah Hasrat ᴀʀᴡᴀʜ Siti Sarah

- Advertisement -

SELEPAS hampir 65 jam ʙᴇʀᴛᴀʀᴜɴɢ ɴʏᴀᴡᴀ akibat ᴄᴏᴠɪᴅ 19, penyanyi terkenal iaitu Siti Sarah Raissuddin telah kembali ke rahmatullah pada jam 5:13 pagi tadi (9 Ogos 2021). Kebanyakan rakan artis dan para peminat tidak putus-putus memberikan ucapan salam ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ kepada seluruh ahli keluarga termasuk suami Allahyarham, Shuib dan anak-anak.

Ustaz Ebit Lew menerusi akaun Instagram rasmi miliknya mendoakan agar Shuib bersama anak-anaknya akan bersama Allahyarhamah Siti Sarah di syurga kelak. Ustaz Ebit Lew juga sempat berkongsi satu kisah dimana Allahyarhamah Siti Sarah pernah mengutarakan hasratnya untuk membayar sewa beberapa rumah orang miskin yang diuruskan oleh Ustaz Ebit Lew.

- Advertisement -

“Banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya.”

Salam ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook rasminya tadi telah menzahirkan ucapan ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ kepada penyanyi berusia 36 tahun itu serta kepada seluruh keluarga rakyat Malaysia yang ᴛᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ akibat ᴘᴀɴᴅᴇᴍɪᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ 19.

Bukan itu sahaja, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan Ustazah Asma’ Harun turut merakamkan ucapan ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ buat keluarga Allahyarhamah Siti Sarah. Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ Harun meminta orang ramai mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah dan semua umat Islam yang telah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.

- Advertisement -

“TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum ᴄᴏᴠɪᴅ, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3. Walaupun hanya seketika bertemu, ᴀʀᴡᴀʜ seorang yang menghormati dan rendah diri, perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.”

“Ketika berbicara tentang Hijrahnya, ᴀʀᴡᴀʜ mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah.” Ustazah Asma’ Harun.

Sedikit trivia ᴀʀᴡᴀʜ Siti Sarah.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

- Advertisement -

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) dengan ᴍᴇɴʏᴜᴍʙᴀɴɢ 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF juga ᴍᴇɴʏᴜᴍʙᴀɴɢ 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Pada Mei 2018 Beliau bertudung sepenuhnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL