spot_img

Rakaman ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Siti Sarah Selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ

- Advertisement -

PETALING JAYA – ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ selepas waktu Zohor kira-kira pukul 1.38 tengah hari di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini sebentar tadi.

Suaminya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut kelihatan mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi perjalanan akhir isterinya yang tercinta selain membantu urusan ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴ.

Hanya petugas yang lengkap memakai PPE dilihat berada di bawah kawasan berbumbung hijau yang meneduhi ʟɪᴀɴɢ ʟᴀʜᴀᴅ tempat ᴊᴀꜱᴀᴅ Allahyarhamah ᴅɪꜱᴇᴍᴀᴅɪᴋᴀɴ.

- Advertisement -

Antara rakan artis yang dilihat hadir memberi penghormatan terakhir dari jauh ialah rakan pelawak, Rahim dengan anggota polis mengehadkan bilangan individu yang dibenarkan masuk ke perkarangan kawasan ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ.

Anggota polis turut memaklumkan hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan berada di perkarangan tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ dan mengingatkan semua yang hadir termasuk petugas media agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

- Advertisement -

Terdahulu van yang membawa ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Allahyarhamah tiba di tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ tersebut kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas bergerak dari ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 12.13 tengah hari.

Siti Sarah, 37, dikejarkan ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ berkenaan pada Selasa lalu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan usai melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan.

Saya nampak air mata Siti Sarah berlinangan – Shuib

- Advertisement -

Pelawak, Shuib reda dengan pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin awal pagi ini akibat Covid-19.

Namun Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad berkata, cabarannya selepas ini adalah untuk memaklumkan perkara itu kepada anak-anaknya mengenai ‘ketiadaan’ ibu mereka.

Tambahnya, dia bersama anak-anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama ᴀʀᴡᴀʜ yang ɴᴀᴢᴀᴋ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ malam tadi.

“Saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka dengan bantuan ᴊᴜʀᴜʀᴀᴡᴀᴛ dan ᴅᴏᴋᴛᴏʀ. Masa itu saya nampak air mata berlinangan di pipi Siti Sarah seolah-olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya.”

“Selepas itu apabila anak-anak sudah tidur, saya sempat ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ malam tadi sejurus selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting.”

“Bagaimanapun saya tidak dibenarkan bertemu dengannya dan saya berpatah balik ke rumah,” katanya ketika ditemui kaunter Bilik ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ, ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) hari ini.

Shuib menambah, ᴀʀᴡᴀʜ isterinya ditayamun dan disolat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ tersebut pagi ini.

Menurut jangkaan, ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ akan ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ bersebelahan ᴋᴜʙᴜʀ ᴀʀᴡᴀʜ ibunya di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, pukul 12 tengah hari ini.

“Dia ada buat permintaan untuk ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ sebelah ᴀʀᴡᴀʜ ibunya. Malah selama ini kalau bersembang hal ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ, memang dia ada menyebut keinginan untuk ᴅɪꜱᴇᴍᴀᴅɪᴋᴀɴ di sebelah ᴋᴜʙᴜʀ ᴀʀᴡᴀʜ ibunya,” katanya.

Shuib juga berjanji akan menjaga empat cahaya mata perkongsian hidupnya dengan ᴀʀᴡᴀʜ dengan baik.

“ᴀʀᴡᴀʜ sempat hadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu. ᴀʀᴡᴀʜ terpaksa bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Namun, Allah lebih menyayanginya.”

“Nama Ayash Affan itu sendiri dipilihnya kerana menurut pembacaan ᴀʀᴡᴀʜ, nama berkenaan mengenai seorang ᴘᴇᴊᴜᴀɴɢ di Gaza,” katanya.

Siti Sarah, 36, menghembuskan ɴᴀꜰᴀꜱ terakhir di Unit ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ Rapi (ɪᴄᴜ), ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ berkenaan akibat ᴘᴀɴᴅᴇᴍɪᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19, pukul 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh Shuib sendiri laman ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ (ɪɢ).

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih ʙᴇʀᴛᴀʀᴜɴɢ ɴʏᴀᴡᴀ akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 selepas lebih 48 jam ‘ditidurkan’.

Siti Sarah terpaksa ‘ditidurkan’ dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ tanpa sedar pukul 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada hari yang sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Selain Siti Sarah dan Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan ᴋᴜᴀʀᴀɴᴛɪɴ kendiri selama 14 hari.

Rakaman ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴ Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL