spot_img

Sabar Saudara Belum Boleh Balik Kampung

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kebenaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh antara kemudahan yang diberikan kerajaan kepada individu yang lengkap menerima dua dos ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴᴀꜱɪ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 berkuat kuasa esok (10 Ogos 2021).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pergerakan merentas daerah dan negeri juga dibenarkan bagi golongan ibu bapa yang lengkap ᴅɪᴠᴀᴋꜱɪɴ untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Beliau berkata, selain kemudahan perjalanan, kemudahan kuarantin juga diberikan kepada individu yang lengkap divaksin dengan membolehkan mereka menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.

- Advertisement -

Menurutnya, kemudahan kuarantin itu melibatkan pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di negara ini termasuk penduduk tetap dan pemegang pas Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara.

“Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap divaksin ini terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya ketika menyampaikan perutusan khas kemudahan-kemudahan bagi individu lengkap divaksin di siaran televisyen tempatan semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan turut membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan keempat-empat Fasa PPN.

- Advertisement -

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat dengan menunjukkan sijil digital ᴠᴀᴋꜱɪɴᴀꜱɪ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sebagai bukti bahawa individu berkenaan telah menerima imunisasi lengkap,” katanya.

INDIVIDU yang lengkap dua dos ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴ di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 PPN dibenarkan untuk makan di restoran. – GAMBAR HIASAN

Berhubung kebenaran sektor sosial bagi negeri Fasa 2 PPN, ujarnya, rakyat di negeri tersebut dibenarkan melakukan perjalanan rentas daerah dan menjalani aktiviti makan di restoran.

Sebagai rekod, negeri dalam Fasa 2 ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah, manakala Sarawak, Perlis dan Labuan di Fasa 3.

- Advertisement -

Selain itu, aktiviti riadah dan sukan tanpa sentuhan dan bukan berkumpulan juga dibenarkan di negeri Fasa 2 dari 6 pagi hingga 10 malam dengan pematuhan prosedur operasi standard ketat.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di club house dibenar kan selaras dengan kebenaran dine-in, manakala operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis terbabit adalah dilarang.”

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis dan badminton (perseorangan), golf serta permotoran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama turut dibenarkan melibatkan inap desa dan hotel.

“Kemudahan-kemudahan sektor ekonomi sedang dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara dan akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya.

INDIVIDU yang sudah lengkap dua dos vaksin perlu menunjukkan sijil digital kepada pasukan keselamatan di sekatan jalan raya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL