spot_img

Solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Ghaib Buat ᴀʀᴡᴀʜ Siti Sarah Di Masjidil ʜᴀʀᴀᴍ

- Advertisement -

PEMERGIAN penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin pada awal pagi semalam (5.13AM 9 Ogos 2021) telah mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga, rakan selebriti serta peminat-peminatnya. Namun, ia memberi kesan yang cukup mendalam buat Shuib dan juga anak-anak.

Sifat pemurah dan baik hati Allahyarhamah Siti Sarah menjadikan penyanyi itu cukup disenangi ramai.

Buktinya sebaik sahaja ᴀʀᴡᴀʜ menghembuskan ɴᴀꜰᴀꜱ terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, pelbagai cerita tentang kebaikan yang disembunyikan semasa hayatnya mula dikongsikan kepada umum.

- Advertisement -

Terbaharu, kasih sayang terhadap Siti Sarah turut dizahirkan apabila jemaah di Masjidil ʜᴀʀᴀᴍ, Makkah mengadakan solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ghaib untuk ᴀʀᴡᴀʜ.

Video sesi solat berkenaan dikongsikan suaminya yang juga pelawak Shuib Sepahtu di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ.

Solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ghaib khas untuk ᴀʀᴡᴀʜ Siti Sarah

- Advertisement -

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shuib di ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ, dia memberitahu bahawa telah mendapat satu kiriman video solat ghaib untuk Allahyarham isterinya yang telah dilakukan di Mekah.

“Allah Maha Besar. Bergembiralah ibu di syurga sayang.”

Difahamkan juga, terdapat individu telah meminta imam masjid berkenaan untuk mengadakan solat berkenaan yang dihadiri seramai lebih kurang 300 orang.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kami dah selesai solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ghaib untuk Almarhum Siti Sarah dan minta saudara di Mekah untuk solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ. Beliau telah meminta imam masjid kat rumahnya di daerah Mekah untuk solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ghaib ke atas Almarhum.”

“Alhamdulillah lepas solat zuhur tadi waktu Mekah, lebih kurang 300 orang telah solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ghaib.”

Setelah mendengar perkara berkenaan, Shuib rasa bersyukur dan mengatakan ia merupakan rezeki buat ᴀʀᴡᴀʜ isterinya.

“Allahuakbar, untungnya ibu Ya Allah. Sayang rezeki you sayang.”

‘Bergembiralah ibu di syurga sayang’

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan kebaikan Siti Sarah sehingga pemergiannya mendapat layanan yang baik di dunia.

“Allahuakbar, orang baik ramai sayang. Layanan yang hebat untuk orang yang baik macam dia.”

“MasyaAllah, pemergian yang sangat dicemburui dan sangat terasa.”

“Ya Allah bertuahnya Sarah, bidadari kesayangan Shuib. Sarah baik-baik kat sana ya, berbahagialah,” tulis beberapa netizen termasuk rakan selebriti.

Siti Sarah, 37, menghembuskan ɴᴀꜰᴀꜱ terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Allahyarham dimasukkan ke ɪᴄᴜ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ dijalankan bagi mengeluarkan bayi lelaki dalam ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ yang diberi nama Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL