spot_img

Alhamdulilah Anak Anak Shuib Dah Mula Ceria Kembali

- Advertisement -

BIASANYA bukan mudah untuk seorang anak kecil yang sudah mengenal ibu bapanya untuk terima kehilangan orang yang mereka sayang.

Berkongsi mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya memahami dan semakin faham akan ketiadaan ibu mereka, jawab Shuib “Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia macam bantal. Semalam, saya tidurkan dia bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam.”

“Tiba-tiba, dia kata, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu. Tapi saya percaya mereka dah mula faham yang ibu mereka sudah tiada,” katanya.

“Selalunya ibu yang akan orderkan Bubblebee untuk budak-budak ni”

- Advertisement -

Itulah sedikit coretan dari kapsyen yang ditulis di dalam posting terbaru di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ Shuib. Melalui posting tersebut, dapat dilihat anak-anak shuib yang kelihatan ceria dan gembira apabila minuman kegemaran mereka sampai.

“Budak-budak ni pon dah berapa hari habis kuarantin,jadi harini teringin sangat katanya nak makan Bubbblebee. So arini kita layankan diorang Bubblebee. Bagi diorang HAPPY. Alhamdulillah” Tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata wargamaya memberikan reaksi yang positif di mana kelihatan ramai yang berasa lega melihat anak-anak ᴀʀᴡᴀʜ Siti Sarah kembali ceria setelah melalui detik-detik sukar kehilangan ibu tersayang.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

- Advertisement -

Antara komen-komen positif warga maya

- Advertisement -

Tulisan terakhir buat Siti Sarah

BERKALI-KALI saya memadam mukadimah tulisan ini. Tulis, padam, tulis, padam, tulis, padam sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Saya tidak tahu di mana mahu memulakan cerita kerana saya benar-benar tidak bersedia untuk melakukannya.

Apa lagi dengan keadaan fikiran saya yang sangat berserabut dan buntu ekoran emosi saya benar-benar terkesan sebaik menerima kiriman WhatsApp pada pukul 5.33 pagi memaklumkan pemergian Siti Sarah Raisuddin ke rahmahtullah.

Terasa dada saya begitu ꜱᴇꜱᴀᴋ seakan ditimpa benda yang berat.

Allahuakbar, hanya perkataan itu terpacul dari mulut saya.

Siti Sarah sudah tiada! Jujur, saya sangat menggigil apabila mendapat khabar ᴅᴜᴋᴀ itu di awal dinihari.

Usai Subuh, beberapa minit selepas pengesahan berita pemergiannya diperoleh, laman media sosial dihujani dengan ribuan nota sedih.

Banyak catatan yang menyentuh perasaan dapat dibaca di Facebook, ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ ᴅᴀɴ ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ.

Ramai selebriti, wartawan hiburan, kenalan, ilmuwan agama dan peminat-peminat Siti Sarah memuat naik hantaran berkongsi rasa sedih.

Apa yang ᴍᴇɴᴀɴɢᴋᴀᴘ perhatian saya ialah bukan sedikit jumlah orang menyayangi Siti Sarah.

Kecintaan, kasih sayang dan rasa hormat masyarakat padanya dapat dilihat melalui tulisan-tulisan indah.

Antara apresiasi orang ramai terhadap Siti Sarah yang sempat dibaca adalah tulisan seorang sahabat saya yang tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, namun, benar-benar terkesan dengan berita pemergian penyanyi itu.

Tulis teman saya itu: “Bersinarnya dalam dunia seni. Bersinar lagi bintangnya tatkala kembali kepada Allah SWT. Rupanya namanya sering disebut oleh malaikat tanpa disedari manusia kerana amal kebaikan tanpa batas.”

Beruntungnya kamu Siti Sarah, terlalu ramai yang mendoakan kamu, bisik saya dalam hati.

Lebih membuatkan ramai yang mencemburui pemergian penyanyi yang berjiwa besar itu ialah penutup kehidupannya diiringi pelbagai tanda husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik.

Siti Sarah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia pada usia 36 tahun awal pagi ini kerana ᴡᴀʙᴀᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Pada Jumaat lalu, Allahyarham melahirkan anak keempatnya menerusi ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ.

Memperoleh syahid dalam ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ bersama redha suaminya, Shuib adalah pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.

Bahkan saya tertanya-tanya apakah amalan dan kemuliaan yang dilakukan Siti Sarah ketika hayatnya sehinggakan seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dan mengaminkan doa-doa yang indah buat Allahyarham.

Saya mengenali Siti Sarah sebelum dia menempa kemasyhuran sebagai antara penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan industri muzik tanah air.

Membuka lembaran sejarah silam persahabatan kami tentu sekali akan membawa ingatan saya pada pengalaman berjiran dengan Allahyarham di penempatan AU3, Keramat.

Saya menyewa di flat Kelompok Serindit sementara Allahyarham Siti Sarah tinggal bersama keluarganya di pangsapuri Menara Merak Kayangan.

Keakraban saya dengan keluarga Allahyarham bermula apabila dia mula berjinak-jinak menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar ibu negara.

Paling menyerlah tentu sekali selepas penyertaannya dalam pertandingan mencungkil bakat anjuran majalah hiburan popular, URTV yang dikenali sebagai Bintang URTV.

Bertitik tolak daripada situ, langkah Siti Sarah dalam gelanggang seni semakin luas.

Bersama ayahnya yang juga seorang penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Sarah memperoleh sokongan dan bimbingan daripada individu yang paling tepat untuk menguruskan kerjaya seninya.

Di awal permulaan kerjaya seninya, Siti Sarah bekerja keras membina reputasi dan dalam masa sama, rezeki mula berpihak kepadanya.

Allahyarham mula meraih pendapatan yang sangat selesa untuk menyara diri dan keluarganya.

Sebagai seorang anak yang taat pada orang tua, Siti Sarah sentiasa mendahulukan ibu ayah dan keluarganya dalam apa hal sekalipun.

Lalu, berkat kerja kerasnya, Allahyarham membuat keputusan membawa keluarganya berpindah ke kediaman yang lebih selesa – daripada pangsapuri tiga bilik di AU3 ke sebuah rumah semi-D di Taman Setiawangsa.

Sebagai anak yang meletakkan ibu, ayah dan adik-beradik sebagai keutamaan dalam hidup, maka rezeki Siti Sarah tidak pernah putus.

Apabila menetap di Taman Setiawangsa, hubungan saya dengan Allahyarham Siti Sarah bersama rakan-rakan wartawan hiburan lain semakin bertambah akrab.

Ini kerana rata-rata daripada kami tinggal di kawasan penempatan dalam radius yang sama dengan Allahyarham.

Kebetulan juga ketika itu, pembantu peribadinya, Allahyarham Roslan Agil atau lebih mesra disapa Sari juga menyewa di Taman Setiawangsa dan kediamannya sering menjadi tempat perhimpunan wartawan seperti Joha Ahmad, Rosli Manah, Niezam Abdullah, Huzz, Abie Abdullah dan ramai lagi.

Bahkan rakan-rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, pelakon Amyza Aznan, Nadia Mustafa serta kenalan dari industri muzik seperti Rouslan Moktar dan isteri Ogy juga sering berhimpun di sana.

Hampir setiap hujung minggu kami berhimpun. Siti Sarah, ayahnya dan Allahyarham ibunya, Noor Aini Mohamad juga sering bertandang.

Kami duduk berhimpun dan makan bersama selain sering berbincang mengenai hala tuju kerjaya seni Siti Sarah.

Kemesraan saya dan rakan-rakan wartawan hiburan bersama Allahyarham Siti Sarah dan keluarganya sudah seperti keluarga.

Kami boleh saja pada bila-bila masa berborak, bergurau, saling mengkritik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Banyak juga tulisan mengenai Allahyarham yang dimuatkan dalam akhbar Mingguan Malaysia ketika saya masih berkhidmat dengan syarikat akhbar, Utusan Melayu.

Segala kemesraan dan pengalaman bersahabat dengan seorang anak seni yang rendah diri, berjiwa besar dan berperibadi mulia ini masih kekal rapi dalam kotak ingatan saya.

Namun, selang peralihan masa, ketika kehidupan dan komitmen masing-masing sudah berubah, kami semakin jauh antara satu sama lain.

Hanya berjumpa pada acara-acara tertentu. Setiap kami memahami bahawa masing-masing ada keutamaan sendiri, namun, itu tidak pernah mengikis rasa hormat dan ingatan dalam kalangan kami.

Sejak ‘berjauhan’ daripada kehidupan Siti Sarah, saya hanya melihat dari jauh perkembangannya.

Melihat betapa dia dan suaminya, Shuib bekerja keras sehingga dapat mengecap sebuah kehidupan yang stabil sangat membahagiakan saya.

Allahyarham Siti Sarah saling tidak tumpah mewarisi sikap ᴀʀᴡᴀʜ ibunya, Noor Aini Mohamad yang begitu taat dan sentiasa di sisi suami ketika susah dan senang.

Semua itu kini sudah hilang dari pandangan. Siti Sarah sudah tiada!

Meninggalkan empat zuriat termasuk bayi yang baru dilahirkannya pada Jumaat lalu tentu sekali akan ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴀɴɢ rasa simpati dan sedih dalam kalangan kita.

Namun, seberat mana mata yang memandang, berat lagi tanggungawab yang perlu dipikul oleh suaminya, Shuib.

Buat Shuib, percayalah semangat dan kasih sayang Siti Sarah akan terus mekar dan subur selama-lamanya.

Percayalah juga, seberapa banyak pun keyakinan manusia, seramai mana pun yang membacakan kalimah-kalimah suci sebagai ikhtiar, pada akhirnya, Allah SWT jugalah yang memegang nafas manusia.

Tulisan belasungkawa ini tentu sekali akan menjadi coretan terakhir buat seorang adik yang saya hormati, Siti Sarah Raisuddin.

Berbahagialah dirimu Siti Sarah. Pergimu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kami.

Semoga Allah memaafkan kamu dan menempatkan kamu di sisi para solihin.

Damai dan tenanglah kamu di negeri abadi.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Allahummagh firlaha warhamha waafihi wa’ fuanha.

Saharudin Musthafa.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL