spot_img

Kerana Semakin Terpesong Ibu Padam ᴛɪᴋᴛᴏᴋ Dan IG Anaknya Yang Punya 1.7Juta Pengikut

- Advertisement -

SEORANG emak atau ibu kepada influencer media sosial terkenal di Brazil telah mengambil langkah paling drastik dengan tindakan berani memadamkan akaun media sosial ᴛɪᴋᴛᴏᴋ dan ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ anaknya yang sudah ada lebih 1.7 juta pengikut.

Langkah itu dianggap sangat mengejutkan kerana anaknya Valentin Kanner sedang menuai wang yang agak banyak hasil daripada popularitinya di ᴛɪᴋᴛᴏᴋ dan IG.

Valentina menggunakan nama glamor Nina Rios di media social baru berusia 14 tahun dan telah menjadi sensasi di Brazil malah mempunyai ramai pengikut dari seluruh pelosok dunia.

- Advertisement -

Ibunya, Fernanda Rocha Kanner sentiasa memantau aktiviti media sosial anaknya. Tetapi apabila dia mendapati yang anaknya semakin “menjadi orang lain” kerana sentiasa mengikut rentak atau keinginan yang dimahukan pengikutnya.

Menurut ibunya, dia berbuat demikian kerana mahu mengajar anaknya erti kehidupan sebenar dan lebih menghargai kehidupannya sendiri.

- Advertisement -

Fernanda mendapati semakin lama, ᴛɪᴋᴛᴏᴋ telah membuatkan anaknya ada simptom pelik termasuk tekanan ᴊɪᴡᴀ jika dibiarkan begitu lama.

Di mana Nina Rios terpaksa sentiasa berpura pura bahagia di hadapan pengikutnya. Dia menjadi orang lain dari segi berpakaian, penampilan termasuk solekan.

Lantas ibuanya berkata: “Dalam usaha untuk mengajar anak saya untuk lebih menghargai diri sendiri dan kehidupannya, saya memadamkan akaun IG dan ᴛɪᴋᴛᴛᴏᴋɴʏᴀ. Adakah ia langkah ʀᴀᴅɪᴋᴀʟ? Ya, tetapi ianya langkah yang perlu juga.”

- Advertisement -

Fernanda menambah: “Platform media sosial seperti ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ dan ᴛɪᴋᴛᴏᴋ adalah tidak sihat. Saya tak nak anak saya menjalani kehidupan dengan mempercayai bahawa dia adalah seperti dirinya yang ada di media sosial.”

Fernanda juga seringkali melihat anaknya menilai dan membuat keputusan berdasarkan komen komen para pengikutnya.

“Kehidupan di dunia sebenar adalah jauh berbeza!”

“Saya juga merasakan ᴛɪᴋᴛᴏᴋ dan ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ juga tidak begitu sihat untuk orang dewasa. Dan kesannya lebih teruk kepada remaja,” kata Fernanda yang menyatakan pemerhatian itu berdasarkan kajian dan pemerhatiannya sendiri selaku ibu kepada influencer media sosial.

“Sukar untuk mengenali diri kamu sendiri pada usia kamu 14 tahun. Apabila ada kira kira 2 juta orang yang melihat kamu di media sosial, dan kamu rasa mereka benar benar mengenali kamu. Itu sangat bahaya. Kamu akan mudah hilang pertimbangan pada bila bila masa.”

Bukan itu sahaja, dia menyatakan bahawa, anaknya kini merasakan bahawa dia perlu memuat naik selfie dan tarian di ᴛɪᴋᴛᴏᴋ untuk terus berhubung dengan pengikutnya. Itu yang lagi merisaukan beliau.

Kerana di dunia sebenar, mencari kawan bukan begitu caranya.

“Ketika saya menyemak akaun ᴛɪᴋᴛᴏᴋɴʏᴀ, saya mendapati dia ada 30 selfie yang sama, kemudian ada beberapa lagi tarian yang semua orang boleh buat.”

“Adakah ianya radikal [memadam akaun sosial anaknya]? Ya! Dan ianya perlu juga.”

“Saya tak nak dia menjadi model iklan pakaian polyester yang mudah ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ, buatan China.”

“Saya tak nak anak saya yang bijak ini menari seperti babun yang dilatih di sarkas.”

“Ini adalah generasi yang menyedihkan di mana seseorang itu dinilai berdasarkan kemahsyuran.”

Fernanda mengakui bahawa dia menerima banyak kecaman daripada remaja walaupun dipuji oleh ibu bapa yang ada anak remaja sepertinya.

Lebih lebih lagi Fernanda merupakan ibu kepada Nina Rios, sudah pastinya dia akan membawa mesej ini ke audien lebih besar apabila dia bersuara.

Tetapi ramai remaja yang menganggap Fernanda sebagai ibu yang terlalu mengongkong anaknya. Tetapi Fernanda tidak kisah kerana baginya dia sudah membuat keputusan yang betul untuk anaknya.

Nina ketika dihubungi portal Fantastico menyatakan dia memang tak gembira dengan tindakan ibunya dan sangat marah.

“Saya sendiri tidak gembira dia melakukan semua ini. Saya sangat sangat marah.”

Nina tidak pasti sama ada dia akan kembali semula ke media sosial tersebut.

“Saya akan buat keputusan. Buat masa ini, saya tak bersedia lagi untuk buka semula akaun IG dan ᴛɪᴋᴛᴏᴋ. Saya tak pasti sama ada ianya keputusan yang betul ataupun membuatkan keadaan lebih keruh.”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL