spot_img

Lelaki Antivaksin ᴍᴀᴋɪ ᴄᴀʀᴜᴛ Staff PPV Kerana Taknak “Adjust” Buatkan Sijil Vaksin Tipu

- Advertisement -

BARU-BARU ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Selepas ini, mereka yang sudah mendapatkan dua dos ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dibenarkan merentas daerah dengan hanya perlu menunjukkan sijil digital ᴠᴀᴋꜱɪɴ ketika ditahan di sekatan jalan raya.

Namun, apa yang mengecewakan adalah apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dilaporkan menjual sijil digital ᴠᴀᴋꜱɪɴ palsu kepada orang ramai di media sosial dengan hanya berharga RM15.

- Advertisement -

Bukan itu saja, seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan individu ᴀɴᴛɪ ᴠᴀᴋꜱɪɴ yang memintanya untuk tukar status ᴠᴀᴋꜱɪɴᴀꜱɪ di aplikasi MySejahtera.

Taknak ᴠᴀᴋꜱɪɴ tapi nak keluar sijil di MySejahtera

Menurut Nor Azlin, individu tersebut telah menghubunginya di Whatsapp dan meminta tolong untuk “adjust” status ᴠᴀᴋꜱɪɴ di aplikasi MySejahtera.

- Advertisement -

“Dia kata dia taknak ᴅɪᴠᴀᴋꜱɪɴ. Tapi nak di MySejahtera dia keluar sijil yang dia telah ᴅɪᴠᴀᴋꜱɪɴ.”

“Tak pernah lagi sepanjang berkhidmat di PPV ada orang Whatsapp nak minta tolong yang pelik pelik macam ni.” tulis Nor Azlin.

Bukan taknak ᴄᴜᴄᴜᴋ tapi tak percaya ᴠᴀᴋꜱɪɴ

- Advertisement -

Berdasarkan perbualan di Whatsapp, individu tersebut berkata dia bukan tidak mahu mendapatkan ꜱᴜɴᴛɪᴋᴀɴ ᴠᴀᴋꜱɪɴ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 tetapi dia tidak percaya dengan ᴠᴀᴋꜱɪɴ.

“Kawe bukan toksey cocok tapi kawe ni tak cayo ko ᴠᴀᴋꜱɪɴ. Semua ni ada agenda ʏᴀʜᴜᴅɪ demo tahu dop!!”

“Kalu boleh biar dalam MySejahtera kawe nampak macam ᴠᴀᴋꜱɪɴ dah tapi hakikatnya kawe tak ᴠᴀᴋꜱɪɴ lagi. Haa gitu laa!!”

Kalau bayar 2 juta pun tak akan bantu

Menurut Nor Azlin lagi, dia akui berasa kecewa selepas mendengar permintaan tidak masuk akal tersebut. Malah katanya, jika dibayar dengan harga yang tinggi sekali pun, dia tidak akan membantu individu tersebut.

“Kalau pun tuan bayar saya 2 JUTA sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah olah tak menghormati kerja kami buat dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh.”

Dia bagaimanapun menolak permintaan tersebut dengan baik dan menjelaskan mengapa dia tidak boleh membantu individu itu seperti yang dimahukan. Namun, individu tersebut kemudian menghemburkan kata ᴋᴇꜱᴀᴛ kepada Nor Azlin membuatkannya bertindak untuk block individu terbabit.

No photo description available.

Nor Azlin melalui status di Facebook itu turut berpesan kepada individu berkenaan untuk menjaga bahasa dan tutur kata serta menghormati pekerjaan orang lain.

“Jaga lah bahasa tuan. Saya tahu saya cuma seorang sukarelawan di PPV. Tapi kita perlu menghormati semua orang tak kira lah dia tu siapa sekali pun.”

“Saya mohon maaf sebab saya block tuan.”

Berikut adalah penulisan Cik Not Azlin Alink berkenaan kes ini yang diambil dari Facebook.

CEKAK DEMO TOKLEY EJAH!

Terketar ketar rasa nak kongsi pasal ni.

Ada seorang ᴀɴᴛɪᴠᴀᴋꜱɪɴ ni dia WhatsApp Cik Alink. Mintak tolong. Dia kata dia tak nak di ᴠᴀᴋꜱɪɴ, Tapi dia nak di My Sejahtera dia keluar sijil yang dia telah di ᴠᴀᴋꜱɪɴ.

Astagfirullahaladzhim mengucap panjang masa Cik Alink baca permintaan dia. Lain dari yang lain. Tak pernah lagi sepanjang Cik Alink berkhidmat di PPV ada orang Whatsapp nak mintak tolong yang pelik pelik macam ni.

Tapi permintaan dia ni seolah olah kita ni berkuasa, mcm petik jari camtu je dah dapat tolong dia hanya kerana kita bertugas di PPV dan bertugas di bahagian mysejahtera.

Kalau pun tuan bayar saya 2 JUTA sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah olah tak menghormati kerja buat kami dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh.

Tuan hanya penting kan diri sendiri Tapi tuan tak pikir pun pasal orang lain. Tuan tak fikir ke apa akan jd pada masa akan datang? Kalau lepas ni tuan ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ ᴄᴏᴠɪᴅ tahap ᴋʀᴏɴɪᴋ dan disahkan ᴍᴀᴛɪ. Bila di check Rupa rupanya tuan dah di ᴠᴀᴋꜱɪɴ 2 dose. Sy bukan nak doakan tuan ᴍᴀᴛɪ kena ᴄᴏᴠɪᴅ. Tapi apa yang tuan buat ni salah, dan boleh menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Semua org yang dah di ᴠᴀᴋꜱɪɴ 2 dose akan takot dan akan jadi huru hara. Tuan ada pikir?

Tuan bayangkan! Tuan ada sijil mysejahtera Tapi tuan belum ᴅɪꜱᴜɴᴛɪᴋ ᴠᴀᴋꜱɪɴ. Tuan DIBENARKAN masuk ke restaurant, rentas daerah, negeri dan sebagainya. Bayangkan tuan penyebar ᴠɪʀᴜꜱ delta dan waktu itu tuan di tempat awam yang ada dikalangan mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Dan ᴠɪʀᴜꜱ itu tersebar luas akibat tuan yang berpura pura telah di ᴠᴀᴋꜱɪɴ. Tuan tak risau ke tuan jadi manusia yang mampu menyebarkan ᴠɪʀᴜꜱ ni pd orang lain. Tuan tak pikir ke semua tu? Tuan tak ada belas kasihan dalam diri?

Lagi satu saya nak pesan. Jaga lah bahasa tuan. Saya tahu saya cuma seorang sukarelawan di PPV. Tapi kita perlu menghormati semua orang tak kira lah dia tu Siapa sekali pun. Saya percaya, Tuan org yang bijak pandai, jadilah org yang berilmu dan beradab.

Saya mohon maaf sebab saya block tuan.

Tujuan sy share kisah ni bukan untuk malukan tuan, ( saya tak paparkan nama tuan ) Tapi kisah ini sebagai pengajaran kepada ᴀɴᴛɪ ᴠᴀᴋꜱɪɴ lain.

Kalau tak nak amik vaksin duk diam diam. Tak perlu nak mintak adjust yang bukan bukan. Kalau tak nak amik ᴠᴀᴋꜱɪɴ duk diam diam je kat rumah. Jangan menyusahkan ramai pihak.

Saya doakan rakan rakan fb saya tiada yang ᴀɴᴛɪ ᴠᴀᴋꜱɪɴ. Maafkan saya Andai Perkongsian saya ini mengguriskan hati ᴀɴᴛɪ ᴠᴀᴋꜱɪɴ yang lain.

Berikhtiarlah dan Serah pada Allah. Jalan kan tanggungjawab kita pada negara dan sama sama kita jaga kita.

Cik Alink, Sukarelawan Myvac

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL