spot_img

Isteri Yang Gagal Meminta Boleh Gagalkan Fungsi Suaminya

- Advertisement -

TAK semua isteri jenis yang meminta-minta. Ada yang rela pendamkan saja keinginan di hati, simpan sorang-sorang, makan hati. Wahai isteri, hakikatnya janganlah malu untuk meminta dengan suami sendiri. Kerana, tanpa anda sedari kegagalan isteri meminta itu boleh sebabkan kegagalan fungsi seorang suami.

Haa! macam mana tu? Perkongsian Khairunnisa Hamzah (Nisa) ini dicoretkan berdasarkan perkongsian daripada seorang staf lelaki tempat isteri ini pernah berkhidmat dahulu.

“Kata-kata dia buat Nisa ingat dan gunakan, Kalau tak sebelum tu Nisa banyak pendam. Tak bagi tahu dengan jelas. Rupanya lelaki tak faham bila kita tak sebut, tak meminta. Penat je merajuk.” Selorohnya.

- Advertisement -

Cuba hadamkan perkongsian Khairunnisa ini. Semoga membuka keberanian pada para isteri untuk meluah, memintalah pada suami sendiri. Kalau bukan isteri yang nak minta, siapa lagi kan?

Isteri.. Jangan Cuba Jadi Sempurna

Hari tu ada seorang sahabat bertanya, “Macam mana kau boleh baik dengan suami kau sampai boleh buat kerja sama-sama and macam best friend ever?” Jawapannya: Jangan jadi sempurna!

Seorang sahabat sekerja lelaki semasa saya bekerja dahulu ada berpesan, Lelaki ini tak boleh ada lebih 3 yang ini:

- Advertisement -

1. Wang

2. Peluang

3. Ruang

- Advertisement -

Kalau ada, dia akan ligat fikir lain. Jadinya, sebagai perempuan, rugi apabila sibuk kita nak jadi sempurna dengan memberikan lelaki:

1. Wang

2. Peluang

3. Ruang

Gitulah kekdahnya. Jika nak belanja, hulur tangan minta. Dan Jika penat, minta saja diurutkannya. Jika sedih, menangis saja di bahunya. Isteri yang gagal meminta boleh jadi turut menggagalkan fungsi suaminya. Ingat senang ke kerja meminta ini? Susah!

Ketahuilah Meminta Adalah Perkara Paling Susah Buat Isteri

Meminta adalah satu perkara paling susah buat kita sebab ia menyebabkan kita kena buang ego yang paling tinggi bagi menadah kedua tapak tangan pada suami.

Tetapi semestinya lelaki yang paling baik ialah lelaki yang memberi sebelum diminta. Lelaki yang ada ilmu ini sangat tinggi sifat kebaikannya. Jika ada begini, untunglah si isteri.

Saya pernah ada kawan kongsikan yang dia tidak akan tunjukkan air mata pada suami. Malah, dia akan buat segalanya di rumah kerana mahu dilihat sempurna oleh suami. Akhirnya, hubungan suami isteri mereka tamat begitu sahaja. Allahuakbar.

Tahu tak? Apabila suami tiada fungsi di rumah, dia akan menggunakan kehebatannya di luar.

Yelah, lelaki sifatnya gagah berani. Lelaki diciptakan Allah untuk menyahut cabaran, berusaha menyelesaikan masalah dan gigih melindungi. Allah kurniakan sifat kelelakian untuk apa? Untuk menjadi pelindung dan penjaga isteri.

Jadi, jika ada masalah, penat tak terdaya segalanya, luahkan pada suami atau mahu luahkan segalanya pada kawan lelaki???

Tepuk dada tanya selera.

Sumber: Khairunnisa Hamzah

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL