spot_img

Shuib Mahu Rujuk Ustaz, Syatilla Melvin Mahu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

- Advertisement -

BESAR tanggungjawab yang perlu dipikul pelawak Shuib Sepahtu selepas pemergian isterinya tercinta yang juga penyanyi Siti Sarah pada Isnin yang lalu.

Lebih pilu apabila mengenangkan tugasnya untuk membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil termasuk bayi pramatang Ayash Affan yang baru sahaja berusia seminggu.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, paling membimbangkan apabila memikirkan soal susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

- Advertisement -

Namun, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

Anak-anak belum tahu Siti Sarah meninggal dunia: Shuib

Shuib kini memikul tanggungjawab mengurus dan menjaga anak-anak seorang diri.

- Advertisement -

“Pagi tadi bangun tidur, termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana? Teringat kata-kata ᴀʀᴡᴀʜ, dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.”

“Sebab tiga orang anak kami, dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.”

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ. Itu dah soalan cepumas, susu siapa pula nak bagi?”

- Advertisement -

“Ramai orang yang tawarkan ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya.

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Rabu malam.

“Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah.”

Majlis itu diketui oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Shahrizan.

Ia turut disertai rakan artis seperti Zaina Zain, Hafizul Kamal, Sharnaaz Ahmad, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Achey serta bapa Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

Sementara itu Shuib memberitahu dia belum berpeluang bertemu Ayash Affan memandangkan keadaan di PPUKM berisiko tinggi ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi tengahari tadi pengarah PPUKM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain, keadaan di sana tidak sesuai sebab ʀɪꜱɪᴋᴏ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 tinggi.”

“Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.”

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.”

Siti Sarah meninggal dunia, isteri Shuib Sepahtu pergi selamanya kerana  Covid-19.. AL-FATIHAH - sayidahnapisahdotcom

Shuib teringat Siti Sarah pernah memintanya untuk menjaga bayi mereka seorang diri.

“Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah,” ujarnya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Allahyarham menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴɴʏᴀ berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL