spot_img

Syatilla Melvin Jelaskan Kekeliruan Susulan Isu Mahu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

- Advertisement -

SELEPAS pendedahan pelawak Shuib Sepahtu tentang hasrat Syatilla Melvin menawarkan diri menjadi ibu susuan kepada anak pramatangnya, aktres itu tampil menjelaskan kekeliruan yang terjadi mengenai perkara itu.

Ujar Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, tawaran itu bukanlah daripada susu badannya namun milik seorang rakan yang baru selesai berpantang.

Bagi mengelak kekeliruan tentang berita dia mahu menjadi ibu susuan kepada anak Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang berusia seminggu, Syatilla berkongsi mesej perbualannya.

- Advertisement -

“Ini antara perbualan saya dengan Shuib semasa ᴀʀᴡᴀʜ Kak Sarah masih bertarung di ɪᴄᴜ.”

“Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah,” katanya.

Perkongsian Syatilla di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ.

Menerusi entri di ɪɴꜱᴛᴀɢʀᴀᴍ, isteri kepada Shaheizy Sam itu memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan Shuib di aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu.

- Advertisement -

“Tilla WhatsApp ni tujuannya nak tolong anak Shuib kalau perlukan susu badan. Bayi pramatang sangat-sangat perlukan susu badan.”

“Kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok.”

Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah.

“Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider,” kata Syatilla.

- Advertisement -

Menerusi laporan sebuah portal pada Khamis, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak dengan Allahyarham Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Siti Sarah pada Rabu malam.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 petang pagi Isnin di Pusat ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu menjalani ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴɴʏᴀ berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Artikel Berkaitan: Shuib Mahu Rujuk Ustaz, Syatilla Melvin Mahu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL